Mengkudu
Herba

Beli Anak Pokok / Benih

Dapatkan benih atau anak pokok yang sihat terus dari platform jualan kami dengan jaminan kualiti terbaik.

Rubiaceae

Mengkudu

Morinda citrifolia

Nama Lain: Noni, mengkudu besar, queen of morinda, morinda, nthau, Indian mulbery, Ba Ji tian, hog apple, wild pine, menkoedoe, Ruibardo Caribe

place
Habitat / Location Tumbuhan Liar
explore
Origin -

Khasiat & Kegunaan

Mengkudu mula digunakan sebagai ubatan di kepulauan Pasifik selatan, kemudian di China dan India. Mengkudu digunakan dalam perang dunia kedua oleh tentera yang berada di kepulauan Polenisia untuk mengelakkan keletihan dan menguatkan badan. Di kepulauan carribean mengkudu dikenali sebagai 'pain killer tree' dan ia digunakan untuk meredakan kesakitan akibat demam, bengkak dan terseliuh. di Myanmar pula, buah yang masih mudah dijadikan gulai manakala yang telah masak dimakan bersama garam. Di Malaysia mengkudu biasanya dijadikan penawar untuk gangguan semasa kencing 9kencing tidak lawas) , senggugut dan pendarahan. Daun mengkudu juga biasa dijadikan campuran mandian untuk perempuan selepas bersalin untuk memulihkan kecergasan badan. Daunnya biasa dijadikan alas batu tungku, dikatakan dapat membantu mengeluarkan darah nifas selepas bersalin.

Kajian yang dilakukan oleh seorang ahli botani yang terkenal iaitu Dr Isabella abbof mendapati mengkudu mempunyai khasiat untuk mencegah diabetes dan penyakit barah serta tekanan darah tinggi. Sementara itu seorang ahli kimia , Dr. Joseph Bafz pula mendapati mengkudu dapat mencegah dan melegakan asma, hay fever dan rheumatis. Pengambilan jus mengkudu juga boleh mencegah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan hormon seperti nyanyuk dan juga melambatkan proses penuaan. Cara penggunaan asa buah mengkudu ialah dengan cara mengisar buahnya menjadi jus (untuk di minum) untuk kegunaan luaran pula, buahnya akan disapu pada bahagian yang terlibat. 60 % dari kandungan jus mengkudu terdiri dari air menyebabkan ia selamat diminum pada bila-bila masa. Walaupun begitu, mengkudu akan merendahkan kandungan glukosa dalam dara, untuk pesakit diabetes yang mengambil insulin, kandungan glukosa dalam darah perlu dipantau selalu kerana jika kandungan gula dalam darah terlalu rendah ia akan mengakibatkan hipoglisomia yang akan menyebabkan pesakit berada dalam keadaan khayal yang memerbahayakan.

Tumbuhan Berkaitan / Related Plants