Kunyit
Herba

Beli Anak Pokok / Benih

Dapatkan benih atau anak pokok yang sihat terus dari platform jualan kami dengan jaminan kualiti terbaik.

Zingerberaceae

Kunyit

Curcuma longa /curcuma domestica

Nama Lain: Kurkum (arab) , jiang huang, yu jin (China) , Indian Saffron, curcuma, kunir (Indonesia) , kondin, temu kuning, ukon, goeratji, Temu kunyit, tius.

place
Habitat / Location Ditanam sebagai rempah
explore
Origin -

Khasiat & Kegunaan

Kunyit mempunyai sifat anti-radang, antioksida, anti kanser, pelindung hati. Kandungan kimia kunyit terdiri daripada minyak atsiri, sikloiserin, mirsen, metil farbinol, d. kamper, dan kurkurmin minyak atsiri, sikloiserin, mirsen, metil farbinol, d. kamper, dan kurkurmin. Dalam perubatan tradisional Melayu kunyit digunakan untuk mengubat tekanan darah tinggi, demam kuning, cirit-birit, meningkatkan selera makan, mengubat sakit perut, sembelit, kening berdarah, radang ginjal dan menyegarkan badan. Cara penggunaan untuk penyakit di atas ialah dengan cara menumbuk kunyit hingga halus, campurkan air dan tapis hampasnya dan diminum sekali sehari selepas makan. Kunyit juga banyak digunakan sebagai bahan ubatan dalam kosmetik keluaran tempatan. Menurut perubatan Cina kunyit dapat meningkatkan pengaliran qi dan melancarkan perjalanan darah.
Kunyit juga dijadikan rawatan selepas bersalin. selalunya rizom kunyit dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang untuk mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman. Kunyit yang dikisar bersama pegaga biasa dimakan seminggu sebelum kedatangan haid dan ini dikatakan dapat menghilangkan masalah keputihan dan vagina yang terlalu berair dan dapat meningkatkan keintiman hubungan suami isteri. Kunyit juga dikatakan dapat menjadikan penggemarnya awet muda.

Tumbuhan Berkaitan / Related Plants