Herba
Beli Anak Pokok / Benih
Dapatkan benih atau anak pokok yang sihat terus dari platform jualan kami dengan jaminan kualiti terbaik.
Solanaceae
Kecubung
Datura metel linn
Nama Lain: Horn Of plenty, angel"s trumpet, Downy thorn apple, Devil"s trumpet,
place
Habitat / Location
Tumbuhan liar
explore
Origin
-
warning
Amaran Toksik / Toxicity Warning
Tumbuhan ini diklasifikasikan sebagai tumbuhan beracun atau mengandungi bahan toksik aktif. Kendalikan dengan berhati-hati dan jauhkan daripada haiwan peliharaan serta kanak-kanak.
This plant is classified as poisonous or contains active toxic substances. Handle with care and keep away from pets and children.
Khasiat & Kegunaan
Kecubung biasa digunakan dalam perubatan Melayu untuk merawat penyakit-penyakit seperti asma, rheumatik, sakit pinggang dan bisul. Untuk asma, 10 helai daun kecubung dihiris halus dan dijemur hingga kering. Ia kemudiannya dijadikan rokok dengan dibungkus dalam kulit jagung. Kaedah ini juga dikatakan dapat merawat resdung. Untuk rheumatik pula daun kecubung diramas hingga layu an disapukan minyak kelapa. Daun ini kemudiannya dilayurkan pada api dan ditampal pada bahagian yang sakit ketika masih panas. Untuk sakit pinggang dan sengal-sengal badan 4 helai daun kecubung dicampurkan dengan kapur sirih secukupnya dan ditumbuk hingga lumat dan menjadi adunan yang sebati untuk disapukan pada bahagian yang sakit.