Beli Anak Pokok / Benih
Dapatkan benih atau anak pokok yang sihat terus dari platform jualan kami dengan jaminan kualiti terbaik.
Kapalterbang
Chromolaena odorata / eupatorium odoratum l.
Nama Lain: Pokok Jepun, Pokok Jerman, pokok busuk-busuk, seketam bukit, Osmia odorata, Chromolaena odorata, Siam Weed, Christmas Bush, Bitter Bush , aeroplane plant, dan Baby Tea. Bunganya kecil dan berwarna putih. Biji benih terhasil dari bunga ini dan dilepaskan kepersekitaran dengan bantuan ngain selepas matang. Ia membiak melalui biji benih.Daunnya mempunyai tepi yang bergerigis.Daunnnya mudah hancur bila dilumatkan dan mempunyai aroma yang sangat kuat (busuk)
Amaran Toksik / Toxicity Warning
Tumbuhan ini diklasifikasikan sebagai tumbuhan beracun atau mengandungi bahan toksik aktif. Kendalikan dengan berhati-hati dan jauhkan daripada haiwan peliharaan serta kanak-kanak.
This plant is classified as poisonous or contains active toxic substances. Handle with care and keep away from pets and children.
Khasiat & Kegunaan
Ia juga digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal pada kulit dengan cara mengisar atau upar daunnya dengan kedua-dua tapak tangan dan disapukan pada bahagian yang berkenaan.
Selain daripada kegunaan perubatan daun kapal terbang juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses memeram buah-buahan seperti pisang dan cempedak.
Peringatan: selepas guna pokok ini cuci tangan bersih-bersih dan pastikan jangan ada sedikit pun kandungan dari tumbuhan ini masuk kedalam badan kita. Keracunan ini juga boleh dipindahkan oleh ibu yang mengandung kepada bayinya melalui uri. simptom yang biasa di tunjukkan ialah sakit perut yang teramat sangat, muntah dan hepatomegali (pembesaran hati) . ini disebabkan oleh bahan aktif Alkaloid pyrolizidin yang terdapat pada keseluruhan pokok tersebut. Malangnya simptom ini hanya dapat dikesan selepas beberapa hari dari masa kejadian. oleh itu anda di nasihatkan supaya berhati-hati menggunakan tumbuhan ini. Dapatkan pertolongan doktor dengan segera jika sebarang bahagian dari pokok ini termasuk ke dalam tubuh anda.