Jintan Hitam
Herba

Beli Anak Pokok / Benih

Dapatkan benih atau anak pokok yang sihat terus dari platform jualan kami dengan jaminan kualiti terbaik.

Ranunculaceae

Jintan Hitam

Nigella sativa

Nama Lain: Black cumin, Kalonji, habbatus sauda, black seed, love in the mist, fitches, black caraway, black onion seed, charnushka

place
Habitat / Location Tumbuhan rempah
explore
Origin -

Khasiat & Kegunaan

Ia digunakan dengan banyaknya dalam garam masala. Hipoccrates menggunakan jintan hitam sebagai penawar untuk masalah hati dan penghadaman. Ia juga digunakan oleh ahli perubatan Greek lain untuk mengubat sakit gigi, sakit kepala, hidung tersumbat dan masalah parasit usus seperti cacing. Ahli perubatan Islam yang terkenal Ibnu Sina di dalam bukunya , mencadangkan jintan hitam digunakan untuk meningkatkan metabolisme dan menaikkan semangat. Jintan hitam juga di kenali sebagai BRM (biological response modifier) kerana satu kajian di barat menunjukkan ekstrak dari bijinya adalah toksid kepada sel kanser (kajian dijalankan dimakmal terhadapan tikus. Ia juga dapat menghalang darah dari menjadi toksid yang disebabkan oleh ubat anti kanser cisplatin. Kajian makmal juga menunjukkan sel kanser yang disimpan dalam inkubator bersama ekstrak jintan hitam tidak dapat menghasilkan faktor untuk pertumbuhan (fibroblast growth factor) dan protein berkalogen yang diperlukan untuk perlukan untuk pertumbuhan tumor. Selain itu ia juga dapat meningkatkan sistem pertahanan badan yang berkait dengan sel darah putih. Bagaimanapun, penemuan ini masih diperingkat kajian lagi.

Tumbuhan Berkaitan / Related Plants