Delima
Herba

Beli Anak Pokok / Benih

Dapatkan benih atau anak pokok yang sihat terus dari platform jualan kami dengan jaminan kualiti terbaik.

Lythraceae

Delima

Punica granatum

Nama Lain: pomegranate, Rumman, rumien, rimmon

place
Habitat / Location -
explore
Origin Iran , Himalaya, Utara India

Khasiat & Kegunaan

Delima yang kaya dengan Sodium , riboflavin, thiamin, niacin, vitamin c, kalsium dan fosforus. Antara khasiat delima ialah ia merupakan tonik yang sangat baik untuk jantung. Ia juga membantu mengurangkan sakit jantung. Ia merupakan antara penawar yang baik untuk membantu masalah keradangan perut. Ia membantu melegakan cirit birit dan di sentri. Ia juga membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Pesakit anaemia atau kurang darah juga mendapat manfaat daripada buah delima. Delima yang diambil bersama madu merupakan penawar homopati yang berkesan untuk menangani masalah darah gemuruh dan panik. Amalan makan buah delima juga merupakan amalan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan fungsi mata.

Selain daripada buahnya bunga delima juga digunakan untuk merawat penyakit. Selain daripada itu bunganya yang berwarna merah terang itu juga merupakan sumber untuk pewarna semulajadi.

Buah delima boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus. Selain daripada itu ia juga banyak digunakan dalam masakan seperti dijadikan sup. Ia juga digunakan sebagai pengganti tomato di dalam masakan terutamanya bagi masyarakat timur tengah. Bji yang diasingkan dari isinya dan kemudiannya dikeringkan dijadikan bahan untuk menambahkan rasa masam pada chutni dan kari. Di Turki sos delima juga jadikan sos untuk salad dan juga untuk memerap daging sebelum dimasak.

Tumbuhan Berkaitan / Related Plants