Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Mangsa banjir di tujuh negeri turun kepada 41,539 orang

NUR IFTITAH ROZLAN | 2022-12-23 18:35:00 | www.sinarharian.com.my

SHAH ALAM – Jumlah keseluruhan mangsa banjir di tujuh negeri turun kepada 41,539 orang melibatkan 12,186 keluarga setakat jam 4 petang Jumaat berbanding 50,861 orang pada sebelah pagi.



Sehingga kini, tujuh negeri yang terjejas banjir iaitu Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

Berdasarkan laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), sebanyak 194 pusat pemindahan sementara (PPS) aktif dibuka di 21 daerah.

Terengganu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 22,361 orang melibatkan 5,953 keluarga dan kini ditempatkan di 132 PPS, manakala 18,529 mangsa di Kelantan kini ditempatkan di 49 PPS, melibatkan 6,073 keluarga.

Sejumlah 305 mangsa bencana itu di Sarawak ditempatkan di enam PPS yang melibatkan 73 keluarga, manakala di Sabah 236 mangsa daripada 57 keluarga kini berada di tiga PPS yang disediakan.

Seterusnya, di Perak pula merekodkan seramai 51 mangsa melibatkan 13 keluarga yang kini berada di dua PPS.

Situasi banjir di seluruh negara sehingga jam 4 petang.

Situasi banjir di seluruh negara sehingga jam 4 petang.

Sementara di Johor, hanya satu PPS dibuka yang menempatkan 34 mangsa daripada 11 keluarga, di Pahang juga hanya sebuah PPS dibuka dan menempatkan 23 mangsa daripada enam keluarga.

Dalam perkembangan sama, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kedah melibatkan kawasan Bandar Baharu serta Pulau Pinang (Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi negeri Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) serta Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga jam 9 malam Jumaat.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!