Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Mangsa banjir di Sabah, Perak meningkat, Kelantan, Terengganu menurun

Sinar Harian | 2022-12-24 22:35:00 | www.sinarharian.com.my

Sebahagian daripada penduduk Kampung Kubang Sawa menaiki sampan melalui kawasan bendeng padi yang menjadi seperti tasik buatan akibat banjir termenung di Kampung Telok Jering. -Foto Bernama

Sebahagian daripada penduduk Kampung Kubang Sawa menaiki sampan melalui kawasan bendeng padi yang menjadi seperti tasik buatan akibat banjir termenung di Kampung Telok Jering. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Perak terus meningkat, Terengganu dan Kelantan menunjukkan trend menurun manakala di Sarawak jumlah mangsa masih kekal setakat 9 malam ini.

Di SABAH mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, Kota Belud terus meningkat malam ini kepada 150 orang daripada 49 keluarga berbanding 123 mangsa daripada 43 keluarga petang tadi.

Sementara itu, jumlah penduduk di pesisir pantai terutama yang tinggal di rumah atas air yang dipindahkan akibat fenomena air pasang besar terus meningkat kepada 766 mangsa daripada 177 keluarga berbanding 706 mangsa daripada 162 keluarga petang tadi.

Seramai 721 mangsa daripada 163 keluarga dipindahkan ke enam PPS di Pitas, manakala 45 mangsa daripada 14 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS di Kota Kinabalu.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 75 orang daripada 19 keluarga malam ini berbanding 69 orang daripada 17 keluarga yang berada di dua PPS petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan 62 mangsa berlindung di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abd Rahman Talib bagi Daerah Hilir Perak, manakala PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiang Darat, Bagan Datuk menempatkan 13 orang.

Sementara itu di TERENGGANU, jumlah mangsa di PPS terus menunjukkan penurunan kepada 6,356 orang pada malam ini, berbanding 8,540 orang petang tadi.

Sekretariat JPBN Terengganu dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 47 PPS masih beroperasi di tujuh daerah yang menempatkan 1,785 keluarga melibatkan seramai 1,065 mangsa di Kuala Terengganu, Besut (499), Dungun (825), Marang (76), Hulu Terengganu (1,288), Setiu (126) dan Kuala Nerus (2,477).

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di PPS pada malam ini berkurangan kepada 12,830 mangsa daripada 4,405 keluarga berbanding 13,262 mangsa daripada 4,532 keluarga petang tadi.

Sekretariat JPBN memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di 29 PPS di dua jajahan membabitkan Pasir Mas dan Tumpat.

Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir di 17 PPS yang melibatkan seramai 1,338 orang daripada 353 keluarga masih kekal setakat 9 malam ini. – Bernama

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!