Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Mangsa banjir di Kelantan dan Perak meningkat, Johor menurun

| 2022-12-18 05:39:32 | www.bernama.com

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) — Jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Perak menunjukkan peningkatan, Johor menurun manakala Terengganu kekal dengan 23 orang.

Di KELANTAN, 1,584 mangsa daripada 490 keluarga di Jajahan Pasir Mas ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini berbanding 1,508 orang daripada 467 keluarga petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan memaklumkan 712 mangsa berlindung di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, SK Kedai Tanjong (28), SK Gual Periok (516), Masjid Mukim Padang Licin (57), PPS Putat Tujoh (106) dan SK Kubang Kual (165).

Di PERAK, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di satu-satunya PPS yang beroperasi iaitu SK Sungai Tiang Darat malam ini adalah seramai 16 orang daripada lapan keluarga berbanding 15 mangsa petang tadi. 

Sekretariat JPBN memaklumkan PPS itu menempatkan mangsa banjir dari Kampung Sungai Belakang, Kampung Sungai Tiang dan Kampung Sungai Nipah Darat. 

Sementara itu, di JOHOR, tiga PPS masih beroperasi di Segamat iaitu Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Batu 5 dan Kampung Kuala Paya yang menempatkan 75 orang daripada 21 keluarga setakat jam 8 malam, berbanding 91 orang melibatkan 24 keluarga pada jam 4 petang tadi.

Kesemua mangsa adalah penduduk di Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Batu 5 dan Kampung Kuala Paya manakala JPBN memaklumkan PPS Sekolah Agama Pangkalan Batu di Mersing telah ditutup pada jam 5 petang tadi.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa yang masih berada di PPS SK Atas Tol di Kuala Terengganu iaitu PPS tunggal yang beroperasi ketika ini pada malam ini kekal 23 orang daripada enam keluarga.

  — BERNAMA

 

 

 

 

 



BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!