Posted on Leave a comment

Lakum Air

Mexican primrose
(Lakum air)

Sejenis tumbuhan dari jenis primrose (A species of primrose willow)
Other name Long-fruited primrose willow
Botanical name : Ludwigia octovalvis

Tumbuhan ini saya jumpa tumbuh liar di kawasan tepi parit yang agak berair. Tertarik dengan warna yang kuning menyerlah dan kelopak bunganya yang unik saya telah cuba mengenalpasti tumbuhan ini. Pada mulanya saya menyangka ini adalah sejenis inai air atau inai pasir (Ludwigia hyssopifolia), tetapi pemerhatian saya mendapati batangnya separa berkayu dan pokoknya jauh lebih tinggi daripada inai air atau inai pasir. dari struktur berkayu pada batangnya saya percaya ianya bukan tumbuhan semusim seperti Ludwigia hyssopifolia walaupun ianya dari genus yang sama. Daunnya mempunyai bulu-bulu halus pada permukaan , manakala daun inai pasir/air pula mempunyai permukaan yang licin.

Nama melayu bagi tumbuhan ini ialah lakum air, atau kadang2 dikenali dengan nama naleh (nama yang hampir sama dengan nama panggilan untuk inai pasir , jinaleh).

Nota: sesiapa yang mengetahui khasiat perubatan , kegunaan atau nama lain pokok ini dialu-alukan memberikan komen.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.