Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

KPWKM pastikan kelengkapan diperlukan mangsa mencukupi

Sinar Harian | 2022-12-16 16:26:00 | www.sinarharian.com.my

Ahli keluarga mangsa tanah runtuh yang berjaya diselamatkan berdoa ketika berada di Balai Polis Hulu Yam Bharu selepas dibawa keluar daripada lokasi kejadian tersebut berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali. - Foto Bernama (Gambar kecil: Nancy)

Ahli keluarga mangsa tanah runtuh yang berjaya diselamatkan berdoa ketika berada di Balai Polis Hulu Yam Bharu selepas dibawa keluar daripada lokasi kejadian tersebut berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Batang Kali. – Foto Bernama (Gambar kecil: Nancy)

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memastikan segala kelengkapan yang diperlukan oleh mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan ​di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali awal pagi tadi adalah mencukupi.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan Timbalannya, Aiman Athirah Sabu telah diarah untuk mengendalikan perkara itu.

“Saya berasa amat sedih apabila mendapat tahu tentang kejadian tanah runtuh yang berlaku di Batang Kali pagi tadi.

“Kementerian bersedia untuk menyediakan apa-apa bantuan dan keperluan kepada mangsa. Semoga dugaan ini dihadapi dengan tabah oleh keluarga mangsa,” katanya.

Setakat jam 1 tengah hari tadi, polis mengesahkan seramai 16 orang telah terkorban dalam tragedi yang berlaku pada awal pagi itu manakala 17 masih hilang dan 61 lagi berjaya diselamatkan. – Bernama

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!