Posted on

Khasiat Pokok Pepijat

Beli pokok pepijat di : www.melur.com/product/pokok-pepijat/
Nama Botani : Elettariopsis curtisii
Nama tempatan: Pokok pepijat
Nama lain: Pijat-pijat, Kesing, cemomok (pahang)
Keluarga : Zingiberacea
Pokok pepijat merupakan tumbuhan yang tergolong dalam keluarga halia. ia merupakan tumbuhan semulajadi yang terdapat dinegara kita. Taburan pertumbuhannya meliputi kawasan Thailand, Malaysia, Borneo. Pepijat hidup subur di kawasan yang udaranya lembab, tanah yang lembab dan mendapat naungan yang sepenuhnya dari tumbuhan lain. Daunnya seakan-akan daun kunyit. Ia mempunya rizom dan daun yang berbau kuat seakan-akan bau serangga pepijat. Bunganya berwarna putih.

Bau pijatnya akan bertukar menjadi satu aroma yang amat menyelerakan bila dimasak. Aromanya lagi bangkit apabila daun yang kering digunakan dalam masakan. Antara jenis masakan yang menggunakan daun pepijat ialah masak lemak cili api ayam dan ikan sungai dan gulai asam rong. Kepada sesiapa yang gemar mencuba, boleh juga cuba buat sambal pijat. sambal ini amat popular di daerah Jeli, kuala krai dan Gua Musang di kelantan.

Pendek kata kalau kenduri kendara di sana memang tidak sah kalau tidak dihidangkan sambal pijat. sambal pijat menggunakan ramuan seperti cili api, isi ikan yang direbus (kadang-kadang tidak dimasukkan), isi (rizom) pepijat. Bahan-bahan ini ditumbuk menjadi sambal. Aromanya, kena cuba kerana selerea kita berbeza.

Kegunaan perubatan
Daunnya dijadikan pembalut tungku untuk rawatan selepas bersalin. Juga dijadikan campuran dalam air mandian selepas bersalin dan semasa dalam pantang(mandi tersak). Fungsinya untuk membuang angin dalam badan. Kajian saintifik sedang dijalankan untuk mengkaji potensi minyak pati daun dan akarnya untuk menjadi agen anti bakteria.

Apa-apa Pm je: www.facebook.com/messages/t/melurdotcom

Sumber artikel : www.melur.com

Share this:
Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.