Posted on Leave a comment

Khasiat Kemangi Untuk Keputihan

Khasiat Kemangi Untuk Keputihan

Keputihan (leucorrhoea) adalah keadaan semulajadi di mana vagina membuat proses pembersihan agar terlindung dari jangkitan dan keradangan. Ia merupakan keadaan alami yang akan dialami oleh semua wanita di dunia ini. Keputihan akan keluar bersama sel-sel mati dan bakteria agar vagina tetap bersaih. Keputihan biasa tidak akan membawa masalah, namun apabila jumlah keputihan yang dihasilkan terlalu banyak, terlalu pekat, ada pendarahan, berbau kurang menyenangkan, menyebabkan kegatalan vagina dan kawasan sekitarnya atau berubah warna daripada putih kepada kuning atau hijau, ia merupakan petunjuk bahawa vagina atau sistem peranakan seseorang wanita itu sedang mengalami masalah.
Keputihan yang tidak dirawat akan menimbulkan pelbagai masalah yang lebih kronik. Ia selalunya disebabkan oleh sejenis kulat/fungus/yis yang dipanggil candida albicans Sebelum didatangi masaalah yang lebih parah, banyak tumbuhan yang boleh memberikan penyelesaian alami untuk masaalah keputihan. Antara yang sering digunakan ialah beluntas, sirih dan kemangi. Artikel ini akan membincangkan kegunaan kemangi untuk menjadi penawar kepada penyakit keputihan

Kemangi

Nama biasa: Kemangi
Nama Botani : Ocimum sanctum / ocimum cannum / ocimum x africanum
Keluarga: Lamiaceae
Nama lain: Cemangi, lemon basil, bai kra pao, mangiak(Thailand), ruku-ruku (minangkabau)
Ciri khas yang terdapat pada kemangi berbanding dengan tumbuhan genus ocimum yang lain ialah baunya yang sangat beraroma seperti bau serai. justeru itu ia banyak dijadikan penambah perisa makanan kepada masakan ikan dan juga ayam goreng. Ia juga melazatkan salad. Boleh dimakan bersama nasi sebagai ulam. Kaum minangkabau menggunakan daun kemangi dalam masakan asam pedas (asam padeh). Kemangi merupakan tumbuhan semusim jadi ia akan mati setelah bunganya kering. untuk mengelakkan pokok kemangi mati selepas semusim, jangan biarkan ia berbunga dengan sentiasa potong bahagian yang akan mengeluarkan bunga. kemangi boleh dibiakkan dengan keratan batang dan biji benih. Ia boleh ditanam ditanam ditempat matahari penuh atau separa dengan kadar pertumbuhan yang lebih cepat di kawasan matahari sepenuhnya.

*Kegunaan kemangi untuk masaalah keputihan*

*1.Menghilangkan kegatalan*

Daun kemangi merupakan anti-kulat(fungus) semulajadi. Kandungan daunnya mengandungi sebatian seperti eugenol, linalool, terpineol, sitronelol, citral dan juga limonen. Sebatian ini merupakan bahan anti bakteria semujadi yang dapat membunuh kulat dan bakteria penyebab kegatalan.

*2. Mengatasi bau keputihan*

Bau keputihan yang tidak menyenangkan bukan sahaja membawa bahaya tetapi membuatkan wanita tidak selesa dan tertekan.Lebih parah lagi keputihan yang berbau juga mungkin menunjukkan petanda awal kepada penyakit kanser pangkal servik.fitokimia yang terdapat dalam daun kemangi dapat mencegah kanser servik dan pada masa yang sama dapat menghilangkan bau tidak menyenangkan pada vagina.

*3. Mengurangkan jumlah keputihan. *

Keputihan yang terlalu banyak walaupun tidak berwarna dan tidak berbau akan tetap menimbulkan ketidakselesaan pada wanita. Bagi muslimah, masalah ini terpaksa ditangani setiapkali ingin menunaikan solat fardhu. pengambilan daun kemangi yang mengandungi vitamin A, vitamin B dan vitamin C dapat mengurangkan racun/toksid dalam tubuh yang menyebabkan keputihan dikeluarkan dengan jumlah yang banyak.

*4. Mengatasi rasa melekit disebabkan oleh keputihan. *

Rasa melekit ini selalunya menyebabkan wanita tidak selesa , gatal dan menggaru hingga menyebabkan keradangan. Daun kemangi dapat menjadikan kawasan vagina lebih kesat dan bebas dari bakteria

*5. Menghilangkan bau*

Beta karotin yang terdapat dalam daun kemangi dapat menghilangkan bau dan meningkatkan antibodi dan memperbaiki sel yang rosak yang menjadi penyebab bau itu.
Cara penggunaan daun kemangi untuk semua tujuan diatas ialah dengan cara makan sebagai ulam ( untuk menyembuhkan dari dalam) dan rebus daun kemangi, biarkan suam dan gunakan sebagai air basuhan di kawasan vagina.

Banyak lagi khasiat kemangi yang lain seperti ubat untuk batuk , masaalah pernafasan dan bronkitis. Ia juga berguna untuk mengurangkan gastrik.
<1.bp.blogspot.com/-CM4SlyEhRUY/W0wNPlYymjI/AAAAAAAAttg/8QyabTug-e4ftj1ASLdtPuRKrdhpUCDvQCLcBGAs/s1600/sambalkemangi.jpg>

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.