fbpx
Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Khasiat Daun Rerama

 

rerama

 

Di antara yang tumbuhan herba yang hebat diperkatakan sekarang ialah Pokok Daun Rerama atau pun nama saintifiknya mariposa christia vespertillonis. Tahukah anda keyword daun rerama sangat popular sehingga ianya direkodkan purata sebanyak 6600 carian sebulan di dalam Google sejak Jun 2015. Sebagai perbandingan keyword misai kucing hanya merekodkan 2400 carian dalam tempoh waktu yang sama. Ianya dikatakan mampu menyembuhkan penyakit kanser, SLE, leukemia dan malah terdapat sesetengah laman web mendakwa ianyanya mampu menyembuhkan kencing manis. Artikel ini bukan ditulis untuk menyangkal dakwaan-dakwaan itu tetapi sekadar perbincangan am untuk mengenal tumbuhan ini dengan lebih lanjut. Diakhir artikel ini saya akan sisipkan juga sedikit ulasan kajian sains yang pernah dijalankan ke atas tumbuhan ini.

Bagaimana anda boleh mengenalpasti tumbuhan daun rerama? Menurut laman web plants.usda.gov tumbuhan ini adalah dalam family Fabaceae ⁄ Leguminosae (kekacang). Ianyanya boleh mencapai ketinggian 60 – 120cm. Berasal dari Asia Tenggara ianya mudah tumbuh di kawasan yang mendapat cahaya matahari penuh. Tetapi boleh juga tumbuh di kawasan yang mendapat cahaya matahari separa. Cuma warna daunnya akan menjadi lebih cantik dan terang jika mendapat cahaya matahari yang penuh. Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi untuk pertumbuhan yang optimun. Penyiraman 2 kali sehari pada waktu pagi dan petang diperlukan jika keadaan cuaca yang panas terik. Tanah yang diperlukan ialah tanah yang bersaliran baik. Campuran antara sekam dan sabut juga boleh digunakan sebagai medium pertumbuhannya.

Terdapat dalam pelbagai variasi yang dibezakan oleh warna daunnya. Antara pokok rerama yang boleh dijumpai ialah rerama merah, rerama hijau, rerama hijau berbelang merah, rerama merah berbelang hijau. Tumbuhan ini boleh dibiakkan dengan dua kaedah utama iaitu keratan batang dan semaian biji benih. Kaedah keratan batang lebih cepat menghasilkan anak pokok kerana pertumbuhan akarnya cepat. Semaian menggunakan biji benih memerlukan masa antara 4 hingga 8 minggu sebelum bercambah. Pastikan buka kulit bijinya hingga keluarkan biji benih yang sangat kecil sebelum disemai. Pokok ini juga boleh membiak sendiri. Selalunya jika pokok telah cukup matang dan mengeluarkan biji benihnya, biji benih yang jatuh ke persekitaran akan mengeluarkan anaknya. Jenis yang biasa dijumpai di Malaysia ialah jenis yang digunakan sebagai tumbuhan hiasan yang berwarna merah. Rerama hijau mula dibawa ke Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini (sekitar 2013) kerana fungsinya sebagai ubatan alternatif.

 

rerama
Rerama Daun Hijau

 

Carian menggunakan keyword christia vespertillonis akan menghasilkan 176 jurnal yang kebanyakkannya berkaitan dengan kajian perubatan. Jurnal terbaru bertarikh 9 Jun 2016 oleh Gouri Kumar Dash dari Fakulti Sains Kesihatan & Farmasi bertajuk An Appraisal of Christia vespertilionis (L. F.) Bakh. F.: A Promising Medicinal Plant (Penilaian Terhadap christia vespertillonis: Tumbuhan Berubat Berpotensi). Penulis menghuraikan kegunaannya dalam perubatan tradisional serta kesan perencatan terhadap tumor. Satu lagi kajian tempatan oleh Hamidun et al bertajuk THE RED BUTTERFLY WING (CHRISTIA VESPERTILIONIS): A PROMISING CANCER CURE IN MALAYSIA (Rerama Merah: Ubat Kanser Yg Berpontensi di Malaysia).

Seorang sahabat kini sedang giat mengusahakan ladang daun rerama di Kubang Semang. Beliau bukan sahaja menghasilkan daun rerama kering bahkan juga menambah nilai dengan mengeluarkan teh daun rerama dalam sachet. Saya akan kongsikan dengan lebih lanjut kisah beliau dalam post yang akan datang. Gambar-gambar yang saya kongsikan disini diambil semasa saya melawat taman herbanya baru-baru ini.

Anda boleh mendapatkan daun rerama kering ataupun anak pokok rerama dari katalog melurdotcom.

[spacer height=”20px”]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!