Oleh Noraida Arifin
Penanaman avokado dari biji benih lazimnya mengambil masa yang lama untuk menghasilkan buah. Jangan risau , sementara menunggu pokok matang untuk menghasilkan buah banyak manfaat daun avokado yang boleh kita ambil. Daun avokado mengandungi dua sebatian utama ialtu quercetin(60-75%) dan polyphenols. Quercetin dipercayai dapat memelihara tubuh dari penyakit bahaya dengan cara menangkap radikal bebas dan ion-ion logam peralihan. Walaupun agak pahit daun avokado bagus untuk mengawal penyakit kencing manis. Pengambilan teh daun avokado juga dapat menyekat pembiakan beberapa bakteria seperti spesis stafilokokus,pseudomonas,protektus,escherichia.
Selain daripada itu, daun Avokado juga dipercayai dapat merawat batu karang, darah tinggi dan sakit kepala.
Rawatan batu karang menggunakan daun Avokado
Dapatkan 5 hingg 8 helai daun Avokado yang tua( berwarna gelap).Basuh dengan air bersih hingga tiada kotoran. Rebus daun-daun ini dengan segelas air hingga tinggal setengah gelas. Tapis dan minum setiap hari pagi dan petang selama 10 hari. Jika batu karang telah hancur dan keluar( dapat dilihat melalui air kencing) pengambilan herba ini perlu dihentikan.
Daun Avokado untuk melicinkan kulit.
Pucuk Avokado boleh digunakan untuk melicinkan kulit. caranya ialah dengan menumbuk pucuk mudanya hingga hancur dan disapu pada kulit.muka. Selepas 5 hingga 10 minit, bilas dengan air yang bersih. Ia dapat mengecilkan liang-liang roma pada kulit muka.Ia juga dapat membantu melembabkan kulit yang kering.
Daun Avokado untuk melegakan sakit pinggang dan sakit belakang (lumbago)
Cara penggunaannya ialah dengan merebus 5 helai daun Avokado dengan segelas air. rebus sehingga air tinggal separuh gelas. Minum selama 5 hari.
Daun Avokado untuk menghitamkan rambut
Caranya ialah dengan menyapu pucuk Avokado yang telah ditumbuk rata-rata pada rambut. Biarkan selama 10 minit sebelum dicuci.
Daun Avokado untuk mengurangkan bengkak
Caranya ialah dengan meletakkan pucuk avokado yang telah ditumbuk lumat pada bahagian kulit yang bengkak. Balut dan biarkan selama 2 hingga 4 jam.
Daun Avokado untuk mengurangkan tekanan darah tinggi.
Caranya dengan merebus 5 helai daun Avokado dengan 2 gelas air hingga tinggal 1 gelas. Minum setiap hari hingga tekanan arah turun. Hentikan pengambilan apabila tekanan darah telah normal.
Ini adalah antara beberapa kelebihan daun avokado dalam perubatan herba. Jadi kalau avokado kita lambat berbuah, masih banyak lagi manfaat yang dapat kita peroleh dari pokok ini.
Terima kasih atas info terbaik…