Your Cart

CONTACT: (+6011) 6353 1005

FREE SHIPPING

Kebun komuniti jana ekonomi – Sinar Harian

IZWAN ROZLIN | 2022-11-14 09:11:00 | www.sinarharian.com.my

SHAH ALAM – Harga barangan makanan asas yang semakin meningkat menjadi satu bebanan buat rakyat Malaysia. Menyedari perkara ini, kerajaan mengambil inisiatif memperkenalkan pelbagai bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 serta kenaikan harga barangan.

Kementerian Wilayah Persekutuan mengambil langkah proaktif dengan mempergiatkan Program Pertanian Bandar Wilayah Persekutuan (PPBWP) secara menyeluruh di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

PPBWP yang mula dilaksanakan pada tahun 2006 di bawah Program Mampan Sejahtera Wilayah Persekutuan (LA21), adalah program berasaskan komuniti (community-based) dan menggunakan pendekatan pengupayaan komuniti (empowering community) bagi mengoptimumkan penggunaan tanah yang terhad, tanah terbiar, tanah rezab, tanah di bawah talian rentis, sekolah, institusi atau kebun-kebun komuniti sedia ada yang dinaik taraf dan ditambah nilai.

Program ini dilaksanakan secara bottom-up iaitu keperluan dan kehendak daripada komuniti, pelajar, persatuan itu sendiri serta dibantu oleh agensi di bawah kementerian iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Perbadanan Labuan (PL) dengan kerjasama agensi lain seperti Jabatan Pertanian Malaysia serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), universiti, pihak swasta serta badan bukan kerajaan (NGO).

Cendawan tiram kelabu Kampung Sungai Bedaun

Kos tanaman yang rendah selain mendapat permintaan tinggi menjadikan cendawan tiram kelabu sebagai pilihan untuk ditanam secara komersial.

Faktor ini mendorong penduduk Kampung Sungai Bedaun, Labuan mengusahakannya dan mampu menghasilkan sebanyak lapan hingga 10 kilogram cendawan sehari.

Ketua Kampung Sungai Bedaun, Rosmaini Puteh berkata, tanah seluas 0.20 hektar digunakan untuk membina rumah cendawan yang memuatkan sekitar 7,000 bongkah dan setiap bongkah dijual dengan harga RM25 sekilogram.

“Cendawan tiram tidak akan tumbuh dengan jumlah yang besar dan cepat misalnya satu bongkah hanya boleh dituai sebanyak lapan hingga 10 kali sahaja. Selepas itu, kami akan cucuknya semula untuk hasilkan yang baru. Ia juga boleh tahan selama tiga hari sahaja,” katanya kepada Sinar Ahad.

Rosmaini berkata, hasilnya dipasarkan bukan sahaja kepada penduduk kampung, malah di kawasan perumahan berdekatan iaitu Taman Mutiara di sini. Malah pada 29 Ogos hingga 6 September lalu, perusahaan cendawannya berpeluang terlibat dengan Community Garden Bazaar sempena Festival Floria DiRaja Putrajaya 2022 anjuran Perbadanan Putrajaya di Putrajaya.

Rosmaini menjual cendawan tiram kelabu kepada pelanggan tetapnya.

Rosmaini menjual cendawan tiram kelabu kepada pelanggan tetapnya.

Rosmaini turut berbesar hati apabila pihak Kementerian Wilayah Persekutuan melalui PL menyumbang sebanyak 1,428 bongkah.

“Untuk menghasilkan lebih banyak cendawan, kami memerlukan lebih banyak bongkah dan ruang untuk menanamnya. Alhamdulillah, sekarang kami memiliki lebih 4,000 bongkah,” ujarnya yang mendapatkan bekalan di Kota Kinabalu.

Selain cendawan, mereka turut mengusahakan tanaman kangkung, pucuk manis, kacang panjang, kacang bendi, kunyit, serai, cili padi dan cili merah.

Madu kelulut Kampung Layang-Layangan

Madu kelulut jenama ‘Rimbun’ dari Kampung Layang-Layangan, Labuan mendapat sambutan yang menggalakkan sejak diusahakan pada 2014.

Timbalan Pengerusi Kebun Komuniti Kampung Layang-Layangan, Abas Khalidin berkata, beliau dan keluarganya sepakat mengusahakan madu lebah kelulut selepas menerima pembiayaan permulaan daripada Jabatan Pertanian Malaysia.

“Madu kelulut ini dibotolkan dalam kuantiti 100 gram, 200 gram dan 330 gram, dijual pada harga RM25 hingga RM80. Kami menjualnya secara dalam talian dan mendapat sambutan hingga ke Brunei, China dan Hong Kong.

“Malah madu kelulut kami juga berpeluang terlibat dengan Community Garden Bazaar sempena Festival Floria DiRaja Putrajaya 2022 anjuran Perbadanan Putrajaya di Putrajaya pada 29 Ogos 2022 hingga 6 September 2022,” katanya.

Kebun Komuniti Kampung Layang-Layangan pernah menjadi johan peringkat negeri Anugerah Desa Perdana 2017.

KRT Kampung Sungai Miri usahakan jagung manis

Tanaman jagung manis yang diusahakan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Sungai Miri, Labuan sejak tahun 2016 mendapat sambutan penduduk sekitar.

Bantuan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Perbadanan Labuan dan Jabatan Pertanian Malaysia itu turut mendorong 15 ahli KRT kampung berkenaan bergotong-royong mengusahakan kebun sayur-sayuran.

Pengerusi KRT Kampung Sungai Miri/Pagar, Rasibah Wan Imang berkata, kebun di atas tanah seluas satu ekar itu turut meliputi tanaman sayuran seperti kangkung, timun, kacang panjang dan terung.

Menurutnya, kewujudan kebun tersebutsecara tidak langsung membolehkan ahlinya menambah sumber pendapatan.

Program menghasilkan baja KRT Kampung Sungai Miri bersama Universiti Putra Malaysia (UPM).

Program menghasilkan baja KRT Kampung Sungai Miri bersama Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Kami menjual hasil kebun kepada orang kampung dan kedudukannya di tepi jalan memudahkan orang ramai mendapatkannya setiap hari.

“Kami memerlukan sebuah stor untuk menyimpan peralatan dan kawasan kebun juga perlu dipagarkan bagi mengelak kebun diserang anjing liar,” katanya.

KRT Sungai Miri juga pernah menerima tempat kedua Anugerah Perdana KRT 2018 (kategori ekonomi) selepas aktif menguruskan kebun berkenaan.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

Independently verified
385 reviews