Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Kanak-kanak terlantar bakal terima bantuan JKM RM500

ADILA SHARINNI WAHID | 2023-01-01 19:05:00 | www.sinarharian.com.my

Keratan akhbar Sinar Harian pada bulan lalu. (Gambar kecil: Said)

Keratan akhbar Sinar Harian pada bulan lalu. (Gambar kecil: Said)

KOTA BHARU – Nasib seorang kanak-kanak terlantar sejak usia tujuh tahun di Taman Repek Perdana, Kampung Kenjing, Pasir Mas mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan yang akan menyalurkan bantuan bulanan RM500.

Pengarah JKM Kelantan, Said Sidup berkata, bantuan akan disalurkan bermula bulan ini kepada ibunya, Siti Noor Mastubaidura Ariffin, 32.

Berdasarkan siasatan, pegawai JKM mendapati, Muhammad Aiman Mohamed, 9, terlantar dan memerlukan penjagaan sepenuhnya.

“Kanak-kanak ini layak untuk menerima bantuan pesakit kronik terlantar (BPT) sebanyak RM500 sebulan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.

Beliau berkata, bantuan tersebut diberikan disebabkan pesakit tidak boleh mengurus diri dan pendapatan keluarga di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK).

Sebelum itu, kisah anak tunggal tersebut disiarkan oleh Sinar Harian pada bulan lalu susulan simpati apabila disahkan lumpuh dan hanya minum melalui tiub selepas empat kali diserang sawan pada Oktober tahun 2021.

Dalam pada itu, Siti Noor Mastubaidura ketika dihubungi menyatakan syukur atas bantuan berkenaan yang akan digunakan untuk menampung perbelanjaan perubatan anaknya itu sekitar RM2,000 setiap bulan.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!