Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Judi Piala Dunia Qatar, ejen hartanah didenda RM2,000

SYAMILAH ZULKIFLI | 2022-12-14 12:36:00 | www.sinarharian.com.my

Padah bermain judi pertaruhan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022, seorang ejen hartanah didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu. - Gambar hiasan

Padah bermain judi pertaruhan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022, seorang ejen hartanah didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu. – Gambar hiasan

SEREMBAN – Padah bermain judi pertaruhan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022, seorang ejen hartanah didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Majistret, Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Tan Kai Sen, 19, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara enam bulan jika tertuduh gagal menjelaskan denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Kai Sen di tempat awam telah didapati bermain judi pertaruhan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 secara dalam talian dengan menggunakan telefon bimbit.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah restoran di Pusat Komersial Saujana, S2 Height di Seremban pada 14 Disember 2022 jam lebih kurang jam 3.30 pagi.

Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953 (Akta 495).

Sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Peguam, Iwana Sakinah Mohd Lajis merayu agar anak guamnya diberi hukuman denda minima kerana itu merupakan kesalahan pertama dilakukan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd Azman.

Untuk rekod Piala Dunia Qatar 2022 bermula dari 21 November sehingga 18 Disember ini.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!