Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Jangan curi-curi redah Jalan Batang Kali-Genting

NORAFIZA JAAFAR | 2022-12-28 19:36:00 | www.sinarharian.com.my

SHAH ALAM – Pengguna diingatkan tidak sesekali curi-curi menggunakan Jalan Batang Kali-Genting yang ditutup bagi tujuan penyelenggaraan susulan insiden tanah runtuh di Father’s Organic Farm pada 16 Disember lalu.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir Izham Hashim berkata, walaupun keadaan jalan masih stabil namun pemantauan kestabilan cerun yang berterusan akan dilaksanakan sebelum sebarang keputusan dibuat bagi menjamin keselamatan pengguna yang menjadi keutamaan.

Menurutnya, pengguna dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif buat sementara waktu sepanjang tempoh penutupan jalan tersebut.

“Jalan ini ditutup sepenuhnya dan tidak dibenarkan dibuka untuk semua jenis kenderaan ketika ini.

“Perkara ini perlu mendapat bantuan penguatkuasaan dan kawalan keselamatan oleh pihak PDRM bagi tujuan pematuhan,” katanya mengulas perkembangan penutupan Jalan Batang Kali-Genting.

Beliau berkata, Jalan B66 tersebut adalah jalan negeri yang mana Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor akan memohon peruntukan pembaikan daripada kerajaan negeri.

“Pada masa sama, permohonan peruntukan daripada Persekutuan turut dilakukan dan anggaran kos (projek) sedang disediakan.

“Kerja pembaikan dan pengukuhan cerun ini merangkumi kerja-kerja penyiasatan tanah, pemantauan cerun, pembaikan dan pengukuhan cerun serta kerja baik pulih dan perabot jalan,” jelasnya.

Tambah beliau, tempoh siap projek bergantung kepada jenis pembaikan dan pengukuhan yang akan diguna pakai.

“Anggaran tempoh masa meliputi kerja awalan dan reka bentuk bakal mengambil masa empat bulan dan jangkaan pembinaan selama 12 bulan, ” ujarnya.

Mengulas cadangan laluan itu dibuka kepada pengguna motosikal katanya, perkara tersebut akan dipertimbangkan.

“Mungkin disediakan satu lorong sehala di atas bahu jalan untuk penunggang motosikal yang bekerja di Genting Highlands dalam tempoh dua minggu ke satu bulan selepas operasi mencari dan menyelamat selesai.

“Bagaimanapun, ianya tertakluk kepada hasil pemantauan cerun selama dua minggu ini,” katanya.

Kementerian Kerja Raya (KKR) sebelum ini memaklumkan kerja pembaikan cerun dan jalan di kawasan insiden tersebut dijangka mengambil tempoh selama setahun sebelum laluan Jalan Batang Kali-Genting, Hulu Selangor boleh dibuka semula bagi laluan orang ramai.

Penutupan jalan tersebut mengundang keluhan dalam kalangan pengguna apabila terpaksa menggunakan jalan jauh dan sesak untuk berulang-alik terutama mereka yang bekerja di Genting Highlands.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!