CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Jakel Capital kini pemegang saham terbesar Cypark menerusi tawaran saham persendirian

| 2023-01-05 09:48:24 | www.bernama.com

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) — Jakel Capital Sdn Bhd kini merupakan pemegang saham terbesar syarikat tenaga boleh diperbaharui Cypark Resources Bhd melalui tawaran saham persendirian.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini Cypark berkata ia selesai menempatkan 176,648,892 saham baharu pada harga RM67.1 juta kepada Jakel.

Jakel kini merupakan pemegang saham tunggal terbesar dengan jumlah pegangan saham langsung dan tidak langsung sebanyak 27.33 peratus, katanya.

“Cypark memandang Jakel Capital sebagai pemegang saham Bumiputera strategik baharu yang akan membantu mengekalkan status Cypark sebagai syarikat senaraian awam yang dikawal Bumiputera dan akan menjadi pelabur jangka panjang Cypark.

“Dengan sokongan pelabur Bumiputera yang kukuh seperti Jakel Capital, Cypark menjangka untuk mengoptimumkan lagi kedudukan pasaran strategik kami, meningkatkan asas pemegang saham kami, serta mengembangkan dan mengukuhkan kehadiran perniagaan kami di peringkat tempatan dan serantau,” kata Cypark.

— BERNAMA



BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!