fbpx
Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Istimewanya Lemuni Hitam

Lemuni HItam
Lemuni Hitam

Pengenalan Pokok Lemuni

Lemuni hitam ditanam kerana pelbagai khasiat perubatannya. Dikenali dengan nama-nama lain seperti dangla, lagundi, lipuk, tigau, three leaves chaste Tree, Indian Privet, Indian Wild-Pepper. Lemuni ialah tumbuhan dari jenis renek yang boleh mencapai ketinggian 1 hingga 4 meter. Satu tangkai daun lemuni memegang 3 daunnya, dengannya daunnya berkilat di bahagian atas.

Kajian Khasiat Lemuni

Menurut kajian, daun Lemuni Hitam mempunyai minyak pati dan resin. Akarnya boleh direbus dan diminum bagi perempuan lepas bersalin. Ia juga boleh digunakan untuk merawat luka terbakar dengan cara memanaskan daunnya di dalam periuk yang panas tanpa dicampuri air. Daun yang panas ini kemudiannya ditekapkan pada luka tadi. Lakukannya dua hingga 3 kali sehari. Daunnya juga boleh digunakan untuk merawat penyakit beri beri, rheumatik dan cirit birit dan juga boleh digunakan sebagai antiseptik. Di Malaysia daunnya yang telah ditumbuk bersama bawang putih, lada hitam, kunyit dan nasi, kemudian digentel kecil-kecil digunakan selalunya untuk merawat sakit kepala, mata berair dan juga untuk menggalakkan pertumbuhan janggut.

Ia juga digunakan untuk merawat kanser payudara. Selain itu daunnya yang dimasukkan kedalam sarung kain boleh juga dijadikan bantal untuk mengubat sakit kepala. Daunnya juga dapat membunuh jentik-jentik dan boleh digunakan sebagai ubat nyamuk (nyamuk aedes).

Daun ini juga dikenali sebagai daun yang dapat meningkatkan tenaga batin lelaki jika dimakan secara tetap setiap hari (lebih kurang 3 helai daun/pucuk)

Lemuni Hitam Di Dalam Masakan

Kegunaan lemuni hitam yang diketahui ramai ialah dijadikan bahan utama campuran ketika memasak nasi Lemuni. Daunnya mempunyai aroma tersendiri dan rasa sedikit pedas (seperti lada hitam).

Anda boleh mendapatkan Pokok Lemuni Hitam di katalog Melur.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!