Sinar Harian | 2022-12-06 18:37:00 | www.sinarharian.com.my
JAKARTA – Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah barat Jawa Timur Indonesia pada Selasa, tetapi tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik kebangsaan.
Ketua agensi, bahagian tebatan gempa dan tsunami Daryono berkata, orang ramai tidak perlu risau mengenai kesan gempa itu, kerana kekuatannya agak lemah dan tidak berpotensi mencetuskan tsunami.
Dua gempa susulan berukuran empat dan tiga pada skala Richter turut direkodkan, lapor Xinhua.
Gempa bumi berlaku pada 13:07 waktu Jakarta (0607 GMT) dengan pusat gempa 284 kilometer (km) dari barat daya Kabupaten Jember pada kedalaman 10 km di bawah dasar laut, menurut agensi itu.
Gegaran itu turut dirasai di wilayah berdekatan Bali, Yogyakarta, Jawa Tengah, Jawa Timur dan Nusa Tenggara Barat.- Bernama.