Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Farmasi Singapura hadkan pembelian Panadol, Nurofen

TERJEMAHAN SINAR HARIAN | 2022-12-24 18:50:00 | www.sinarharian.com.my

Notis pembelian ubat-ubatan diletakkan di farmasi seluruh Singapura. - Agensi

Notis pembelian ubat-ubatan diletakkan di farmasi seluruh Singapura. – Agensi

SINGAPURA – Beberapa rangkaian farmasi di seluruh Singapura akan menghadkan pembelian dua jenama ubat penahan sakit, Panadol dan Nurofen kepada enam kotak bagi setiap pelanggan, mulai Sabtu, lapor Berita Mediacorp.

Ini sekali gus menjadikannya peruncit-peruncit di Singapura menghadkan pembelian ubat yang dijual bebas disebabkan oleh permintaan melonjak sejak beberapa hari kebelakangan ini.

DFI Retail Group yang mengendalikan Guardian berkata, langkah itu dilaksanakan kerana ia ‘sedang menyaksikan permintaan tinggi’ bagi ubat paracetamol dan ubat demam.

“Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti dan bekerjasama dengan pembekal untuk memastikan bekalan stabil serta mencukupi bagi paracetamol dan ubat demam di Guardian.”

Kedua-dua Panadol dan Nurofen adalah jenama popular bagi ubat penahan sakit yang dijual secara bebas. Panadol mengandungi paracetamol sementara Nurofen pula mengandungi ibuprofen.

Peruncit dan farmasi di Singapura menyaksikan peningkatan pada permintaan ubat demam dan ubat selesema sepanjang minggu lalu yang dipercayai dihantar ke China, di mana sekatan-sekatan Covid-19 di merata negara tersebut sudah dilonggarkan sejak 7 Disember.

Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu menasihatkan orang ramai supaya membeli ubat bagi kegunaan peribadi sahaja, sambil menambah ia sedang memantau keadaan dengan teliti dan bekerjasama dengan peruncit serta farmasi bagi memastikan ubat untuk merawat demam, batuk dan selesema kekal mencukupi bagi penduduk Singapura. – Agensi

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!