Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Dua nelayan naiki bot rosak ditemukan selamat

NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN | 2022-12-31 21:22:22 | www.utusan.com.my

KEMAMAN : Sebuah bot dinaiki dua nelayan yang mengalami kerosakan dan gagal dihubungi kira-kira 14 batu nautika Pantai Kijal di sini, semalam ditemukan selamat, hari ini.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, nelayan terbabit Mohd. Hafizrul Hisham Zakaria, 30, dari Kampung Paya Berenjut bersama bapa saudaranya, Suhaimi Othman, 60, yang keluar mencandat sotong diselamatkan nelayan tempatan.

“Pada awalnya, mangsa sempat menghubungi ahli keluarganya kira-kira pukul 6 petang semalam dan memberitahu terdapat kerosakan pada kipas bot yang mereka naiki.

“Ahli keluarganya cuba menghubungi kembali mangsa, namun gagal dan mereka bertindak membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Rashidilhadi berkata, pihaknya telah mengaktifkan Op Carilamat pagi ini setelah menerima laporan berkaitan kejadian dan bot ronda Kilat 27 digerakkan bagi mengesan kedudukan bot nelayan tersebut.

Menurutnya, Op Carilamat itu juga melibatan bantuan bot nelayan di bawah Persatuan Nelayan Kawasan Kijal dan Kuala Kemaman.

“Bagaimanapun, kami mendapat maklumat daripada pihak polis, bot tersebut telah ditunda oleh nelayan tempatan dan selamat tiba di Jeti Kampung Geliga, di sini, kira-kira pukul 4.30 petang ini dan Op Carilamat telah ditamatkan,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya turut menyeru kepada orang ramai yang ingin melakukan sebarang aktiviti di laut supaya sentiasa menitik beratkan aspek keselamatan berikutan monsun timur laut.

“Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan melalui talian MERS 999,” katanya. – UTUSAN



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!