Oleh / By: Nor
Nama Tempatan: | Susun Kepala |
Nama Saintifik: | Tabernaemontana divarica (l) burk |
Nama Lain: | Wax flower, Zalat (Myanmar) , Bunga Cina, Bunga susu, manda kaki, susun kepala, susu ayam (Melayu) , nandi (sanskrit) , valamburi (tamil) |
Famili: | Loganiaceae |
Lokasi Gambar: | Bayan Baru Pulau Pinang |
Asal: | India (mungkin) |
PENGENALAN:
Ia merupakan sejenis tumbuhan renek dengan ketinggian antara 1 hingga 2. 5 meter. Pokok ini selalunya dijadikan hiasan taman kerana bunganya yang cantik dan berbau wangi terutamanya pada waktu pagi. Batangnya berwarna kelabu cerah dan mengandungi getah yang berwarna putih. daunnya dari jenis ringkas , dengan permukaan daun yang berkilat, tersusun secara berlawanan. Saiz daunnya ialah 7-16cm X 2-5 cm. Bunganya berwarna putih dan tersusun dalam bentuk jambak. Buahnya pula berukuran antara 2-4cm X 1 cm. Ia membiak menggunakan biji benih dan keratan batang. Ia mudah membiak dalam medium yang agak poros dan bersaliran baik.
KETERANGAN:
PENANAMAN:
PENJAGAAN:
KEGUNAAN:
Di negara-negara Asia Tenggara tumbuhan ini agak terkenal sebagai tumbuhan yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Di Indonesia akarnya digunakan sebagai penawar racun, merawat lumbago, dan menangani cirit birit. Getahnya pula dijadikan racun, seperti getah Ipoh dan digunakan pada panah sumpitan. Di negara kita akarnya yang ditumbuk digunakan untuk mengubati sakit mata. Di Vietnam pula , ait rebusan akarnya digunakan untuk merawat demam. Di India pula , akarnya digunakan untuk merawat penyakit berkaitan dengan darah. Tumbuhan ini juga digunakan untuk melancarkan haid, merawat sembelit, mengurangkan demam, merawat sakit gigi dan sebagai afrodisiak.
Rujukan:MediCinal Plants of Southeast Asia oleh Christophe Wiart. Lokasi gambar: Bayan Baru, Pulau Pinang.
KESELAMATAN:
FAKTA MENARIK:
Common Name: | Susun Kepala |
Scientific Name: | Tabernaemontana divarica (l) burk |
Other Name: | Wax flower, Zalat (Myanmar) , Bunga Cina, Bunga susu, manda kaki, susun kepala, susu ayam (Melayu) , nandi (sanskrit) , valamburi (tamil) |
Family: | Loganiaceae |
Location: | Bayan Baru Pulau Pinang |
Origin: | India (mungkin) |
INTRODUCTION:
DESCRIPTION:
GROWING:
PLANTING:
USAGE / BENEFITS:
SAFETY:
FUN FACTS:
RUJUKAN / REFERENCES: