Oleh / By: Nor
Nama Tempatan: | Sri Gading |
Nama Saintifik: | Nyctanthes arbor tristis |
Nama Lain: | Tree of sorrow, tree of sadness, night flowering jasmine, chennai tree, |
Famili: | Oleaceae |
Lokasi Gambar: | Di perkarangan rumah dan taman |
Asal: |
PENGENALAN:
Pokok sri gading ialah sejenis tumbuhan renek yang berbatang kayu. Ia mudah dijumpai sebagai tumbuhan hiasan laman. Jangka hayatnya antara 5-20 tahun bergantung kepada persekitarannya. Bunganya berbau sedikit wangi (mild) . Ia digunakan untuk mewarnakan fabrik sejak turun temurun dan warna kuning ialah warna yang biasa dihasilkan oleh tumbuhan ini. Tumbuhan ini termasuk dalam famili zaitun (olive) dan ia boleh mencapai ketinggian hingga 5 meter. Ia didapati banyak tumbuh di kawasan dataran rendah yang mempunyai ketinggian tidak lebih dari 500 meter dari aras laut. Tumbuhan berbatang kayu berwarna putih kotor ini mempunyai cabang yang amat rapat antara satu sama lain. Jika diperhatikan betul-betul cabang ini berbetuk empat segi dan ditumbuhi bulu. Daunnya berbentuk bujur telus dan dari jenis daun tunggal yang mempunyai panjang antara 4-11 cm. Lebarnya pula antara 2-8 cm. Kelopak bunganya berbentuk corong, bebulu dan panjangnya lebih kurang 7mm. Bunganya mekar pada waktu malam dan akan gugur pada waktu pagi. Buahnya mempunyai panjang lebih kurang 1. 5 cm dan berwarna coklat. Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang. Kandungan kimia yang terdapat pada tumbuhan ini ialah tannin, metal , salisilat, resn, niktantin dan gula. Bunganya mempunyai minyak pati (minyak sari) dan niktantin.
KETERANGAN:
PENANAMAN:
PENJAGAAN:
KEGUNAAN:
Bahagian yang digunakan dalam perubatan ialah daun bunga dan kulit batangnya. Tumbuhan ini adalah antipiretik (anti demam) kerana rasa pahit yang terdapat pada daunnya. Ia juga mampu menormalkan kitaran haid yang tidak teratur. ia juga mampu mengurangkan demam malaria (kerana rasa pahitnya) , ruam, kusta, kecacingan, sengal-sengal badan, sakit pinggang, rawatan dalam pantang dan atritis. Daunnya dikatakan dapat membersihkan kulit dengan berkesan sekali.
Kulit batangnya pula digunakan untuk mengubat penyakit batuk dan bronkitis dan juga sembelit. Bijinya pula boleh digunakan untuk mengatasi masalah kelemumur.
Cara menggunakannya , untuk mengubat perut yang meragam atau tidak selesa, tumbuk bijinya bersama lada hitam dan bawang putih hingga menjadi pes, pes ini digentelkan kecil-kecil dan dimakan sebiji sehari. Untuk sembelit pula ramas daun sri gading bersama air dan airnya diminum sebanyak satu sudu kecil. Untuk demam kuning pula, air ramasan daunnya yang dicampuri gula dan dicampuri segelas air diminum selama lima hari berturut-turut. Untuk malaria, tumbuk daunnya dengan sedikit lada hitam dijadikan pil dan dimakan 3 biji sehari hingga sembuh. Atau minum air rebusannya dengan secawan susu sebanyak 2 kali sehari hingga sembuh. Untuk lumpuh pula, Daunnya direbus bersama 12 biji lemon, 24 gram getah alstonia scholaris, 12 gram biji saei, 4 g madu dan sedikit air, didihkan selama beberapa minit hingga pekat, keringkannya hingga menjadi seperti tepung, setiap hari campur satu sudu kecil tepung ini dengan segelas air suam dan minum selama 21 hari. Untuk kecacingan pula, campurkan air perahan daunnya dengan limau nipis dan minum sekali sehari.
KESELAMATAN:
FAKTA MENARIK:
Common Name: | Sri Gading |
Scientific Name: | Nyctanthes arbor tristis |
Other Name: | Tree of sorrow, tree of sadness, night flowering jasmine, chennai tree, |
Family: | Oleaceae |
Location: | Di perkarangan rumah dan taman |
Origin: |
INTRODUCTION:
DESCRIPTION:
GROWING:
PLANTING:
USAGE / BENEFITS:
SAFETY:
FUN FACTS:
RUJUKAN / REFERENCES: