Oleh / By: Noraida Arifin
Nama Tempatan: | Sekentut |
Nama Saintifik: | Paederia foetida |
Nama Lain: | Akar sekentut, daun sekentut, akar kentut-kentut, skunk vine. Sinonim: Paederia chinensis Hance, Paederia scandans (Lour.) Merr., Paederia tomentosa Blume |
Famili: | Rubiaceae |
Lokasi Gambar: | Tumbuhan liar |
Asal: | Tumbuhan tempatan |
PENGENALAN:
Sekentut merupakan sejenis tumbuhan liar yang memanjat dan kadar pertumbuhannya amat cepat. Ia Biasa dijumpai tumbuh liar di kawasan semak samun di Malaysia. Ia merupakan tumbuhan yang amat agresif dan boleh memanjat sehingga melitupi kanopi pokok-pokok lain.
Daun sekentut selalunya berukuran lebih kurang 6cm panjang dan 2. 5 cm lebar. Daunnya mengeluarkan bau yang kuat dan busuk seolah-olah bau belerang terutamanya jika dilumatkan. Bunga sekentut kecil dan berjambak. Tumbuhan ini membiak dengan kaedah keratan batang.
KETERANGAN:
PENANAMAN:
PENJAGAAN:
KEGUNAAN:
Di utara Semenanjung Malaysia daun sekentut merupakan ramuan utama untuk nasi ulam. Untuk memasak nasi ulam ulam utama yang digunakan ialah daun lemuni hitam, daun sekentut, daun limau nipis dan daun cekur. Ulam-ulam lain ditambah untuk menambahkan rasa. Sungguhpun bau daun sekentut ini busuk, baunya akan hilang selepas dicampuri dengan ramuan lain. Nasi ulam digemari kerana rasanya yang lazat dan khasiatnya yang mampu mengeluarkan angin daripada badan kita dan dapat menghilangkan lenguh-lenguh badan.
Daun sekentut mendapat namanya mungkin kerana khasiatnya yang boleh mengeluarkan angin daripada badan ataupun mungkin juga kerana baunya yang seakan-akan bau kentut. pantai timur terutamanya Kelantan daun sekentut tidak dimakan sebagai ulam sebaliknya digunakan sebagai ubat untuk mengubati kembung perut dan cirit birit pada bayu. Daun sekentut di upar (dilumatkan hingga hancur) bersama dengan kapur makan hingga mengeluarkan busa (buih) . Busa ini kemudiannya dilumurkan pada perut bayi sebelum dibalut sengan barut.
KESELAMATAN:
FAKTA MENARIK:
Common Name: | Sekentut |
Scientific Name: | Paederia foetida |
Other Name: | Akar sekentut, daun sekentut, akar kentut-kentut, skunk vine. Sinonim: Paederia chinensis Hance, Paederia scandans (Lour.) Merr., Paederia tomentosa Blume |
Family: | Rubiaceae |
Location: | Tumbuhan liar |
Origin: | Tumbuhan tempatan |
INTRODUCTION:
DESCRIPTION:
GROWING:
PLANTING:
USAGE / BENEFITS:
SAFETY:
FUN FACTS:
RUJUKAN / REFERENCES: