CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Sedap Malam

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan

Oleh / By:  Nor


Nama Tempatan: Sedap Malam
Nama Saintifik: Murraya paniculata [l] jack
Nama Lain: Kemuning, Sunda, Orange Jasmine, Kajeni, Kamoneng, Jiu Li Xiang, Yueh Chu
Famili: Rutaceac
Lokasi Gambar: Didalam semak dan sebagai tumbuhan taman
Asal:


    

   

PENGENALAN:

Tumbuhan renek yang berdaun rimbun dan berbunga harum ini biasa dijumpai tumbuh liar di kawasan semak samun yang tidak terlalu tebal. Namun begitu kini ia banyak ditanam sebagai tumbuhan taman kerana baunya yang harum. Ia dapat tumbuh dengan optimumnya pada ketinggian 400 meter dari paras laut. Menggemari cahaya matahari yang terik dan cukup, pokok ini, pokok berbatang kayu ini tidak perlu disiram selalu kecuali jika cuaca terlalu panas. Pembiakannya biasanya melalui keratan batang tapi ia juga boleh membiak melalui buah. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan merah apabila masak.

KETERANGAN:

PENANAMAN:

PENJAGAAN:

KEGUNAAN:

Biasa digunakan sebagai persediaan tradisi untuk penyakit radang buah zakar (orchitis) . caranya ialah dengan mengambil 9 helai daunnya ataupun lebih kurang 60g. Rebus dengan 3 gelas air hingga tinggal satu gelas. airnya disejukkan , ditapis dan diminum.
Untuk mengubat penyakit bisul pula, akarnya yang telah kering lebih kurang 30g dipotong kecil-kecil dan direbus dengan 3 gelas air hingga menjadi satu gelas. setelah sejuk dan tapis dan minum dua kali sehari, setengah gelas sekali minum.
Untuk Sakit gigi, bakar atau layur kulit batangnya hingga mengeluarkan minyak. Minyak ini kemudiannya dititiskan kedalam gigi yang berlubang
.
Untuk melangsingkan badan pula daunnya yang masih segar dan daun mengkudu (morinda citrofolia) , segenggam daun kemuning dan segenggam daun mengkudu, digiling bersama temu giring hingga lumat. campurkan air masak satu cawan dan masukkan pes ini kedalam kain yang bersih dan diperah airnya. air ini diminum pada waktu pagi sebelum makan.

Untuk jangkitan saluran kencing, lebih kurang 35g daun yang masih segar direbus dengan tiga gelas air hingga tinggal 1 1/2 gelas. Air ini kemudiannya diminum 3 kali sehari, setengah gelas setiap kali.
selain itu tumbuhan ini juga dapat melancarkan kitaran haid, mengubat lebam akibat terjatuh dan merawat atritis. Daunnya yang ditumbuk boleh dijadikan lulur badan , disapu sebelum tidur untuk melicinkan kulit.

KESELAMATAN:

FAKTA MENARIK:

 


Common Name: Sedap Malam
Scientific Name: Murraya paniculata [l] jack
Other Name: Kemuning, Sunda, Orange Jasmine, Kajeni, Kamoneng, Jiu Li Xiang, Yueh Chu
Family: Rutaceac
Location: Didalam semak dan sebagai tumbuhan taman
Origin:

INTRODUCTION:

DESCRIPTION:

GROWING:

PLANTING:

USAGE / BENEFITS:

SAFETY:

FUN FACTS:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Pembelian borong, Herba Kering, Pertanyaan Am (Request for quote, Dried Herbs, General Inquiry)