Oleh / By: Noraida Arifin
Nama Tempatan: | Ruku Hitam |
Nama Saintifik: | Ocimum gratissimum |
Nama Lain: | ruku-ruku hitam, selasih hitam |
Famili: | Lamiaceae |
Lokasi Gambar: | tumbuhan liar |
Asal: | tumbuhan tempatan |
PENGENALAN:
Ruku hitam merupakan antara pelbagai jenis tumbuhan yang dikenali dengan nama amnya sebagai selasih. terdapat pelbagai jenis selasih antaranya selasih Inggeris (english basil) selasih ungu (thai basil) selasih hijau atau ruku hijau (holy basil, tulasi) , kemangi dan banyak lagi. Ciri-ciri yang membezakan ruku hitam dengan selasih lain ialah batangnya yang berwarna ungu dengan daunnya yang hijau dengan warna ungu di bahagian bawah daun. Berbeza dengan selasih ungu yang mempunyai tepi daun yang lurus, ruku hitam mempunyai tepi daun yang bergerigis. Daunnya juga mempunyai bahagian hujung yang membulat.
Seperti pokok selasih lain ruku hitam mudah membiak dari bijinya yang akan jatuh bertaburan di bawah pokoknya yang telah matang dan menghasilkan buah. Ia juga amat mudah dibiakkan dengan keratan batang. Ruku hitam mempunyai bunga yang berwarna ungu kehitaman. Ia boleh ditanam di dalam pasu dan akan tahan lama jika bunganya yang kering di potong untuk menggalakkan pertumbuhan tunas baru. Jika dijaga dengan baik, pokok ini boleh kekal menghiasi halaman anda hingga bertahun-tahun. Ia juga mempunyai khasiat perubatan yang tinggi selain dari boleh dijadikan ulam dan rempah masakan.
KETERANGAN:
PENANAMAN:
PENJAGAAN:
KEGUNAAN:
Ruku hitam dipercayai amat baik untuk menerangkan penglihatan dan menghilangkan sengal-sengal tulang. Ruku hitam berbatang lurus dan mempunyai enam kuntum bunga mengikut urutan dari atas ke tengah , kelopak bunganya berwarna hijau keunguan dan bahagian atas bunganya berwarna putih atau merah jambu pucat. Ia banyak digunakan dalam perubatan Cina dan dikenali sebagai jiu cheng ta. Cara penggunaan herba ini dalam perubatan Cina ialah dengan dua ara. Pertama daunnya dijemur terlebih dahulu sehingga kering dan dikisar hingga menjadi debu dan dimasukkan kedalam kapsul ubat. Kapsul ini dimakan dua kali sehari pagi dan malam. Menurut kitab perubatan Cina jiu ceng ta berfungsi untuk pengaliran Qi yang berfungsi untuk mengurangkan lendir berlebihan dan memudahkan penghadaman makanan. Ia juga dapat mengaktifkan sel-sel darah dan membersihkan darah dari toksid. Ianya boleh dimakan bersama nasi sebagai ulam dan dapat menambahkan selera makan. Daunnya juga dikatakan dapat meningkatkan fungsi jantung jika dimakan 2 atau 3 helai setiap hari.
KESELAMATAN:
FAKTA MENARIK:
Common Name: | Ruku Hitam |
Scientific Name: | Ocimum gratissimum |
Other Name: | ruku-ruku hitam, selasih hitam |
Family: | Lamiaceae |
Location: | tumbuhan liar |
Origin: | tumbuhan tempatan |
INTRODUCTION:
DESCRIPTION:
GROWING:
PLANTING:
USAGE / BENEFITS:
SAFETY:
FUN FACTS:
RUJUKAN / REFERENCES: