CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Rosemary

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan

Oleh / By:  Noraida Arifin


Nama Tempatan: Rosemary
Nama Saintifik: Rosemarinus officinalis
Nama Lain:
Famili: Labiatae
Lokasi Gambar: Herba Inggeris
Asal:


    

   

PENGENALAN:

Rosemary merupakan sejenis herba yang banyak digunakan dalam masakan Inggeris. Ia merupakan sejenis tumbuhan renek yang kecil dengan daunnya yang berbentuk jarum seperti daun pokok pine. Rosemary mempunyai bunga yang berwarna ungu kebiruan dan di negara empat musim ia akan berbunga sepanjang musim bunga dan musim panas. Tidak pasti adakah rosemary boleh berbunga dalam iklim tropika kerana rosemary yang saya tanam ( gambar di atas ) tidak pernah berbunga lagi. Rosemary boleh tumbuh hingga mencapai ketinggian lima kaki. Pembiakannya mudah melalui keratan batang. Untuk hidup di Negara kita yang beriklim panas, rosemary tidak boleh didedahkan secara terus kepada cahaya matahari. Tanam di tempat yang agak redup dan pastikan airnya mencukupi. Jika ada bahagian tumbuhan yang telah kering , pastikan ranting yang kering ini dipangkas untuk menggalakkan pertumbuhan tunas baru. Tumbuhan ini merupakan tumbuhan yang rimbun. Ia mempunyai aroma yang kuat. Nama tumbuhan ini yang mearik sebenarnya didapati dari perkataan lain yang bermaksud Embun dari laut. Di Negara barat rosemary merupakan simbol kepada persahabatan dan kasih sayang. Ia sering dijadikan hadiah kepada pasangan yang baru berkahwin.

Sekadar untuk pengetahuan am: Menurut kepercayaan tradisi orang Kristian, rosemary akan hidup selama 33 tahun dan sehingga ia mencapai ketinggian nabi ias sebelum ia mati. Mereka juga percaya daun rosemary yang diletak di bawah bantal ketika tidur akan menghalang mereka dari diganggu oleh roh jahat.

KETERANGAN:

PENANAMAN:

PENJAGAAN:

KEGUNAAN:

Kajian saintis dari universiti Cincinnati mendapati bau rosemary boleh membantu menguatkan ingatan kita. Rosemary sesuai diletakkan di atas meja dipejabat atau di atas meja belajar kanak-kanak. Daun rosemary boleh dipetik bila-bila masa diperlukan. Tidak digalakkan memetik lebih dari yang perlukan kerana baunya akan berkurangan apabila kering. Satu kajian oleh Chi-Tang Ho, Ph. D. , seorang profesor di jabatan sains makanan di Universiti Rutgers di New Brunswick, New Jersey mendapati penggunaan minyak rosemary yang disapu pada kulit (kajian dilakukan pada haiwan) mengurangkan separuh dari risiko terkena kanser. Kajian yang sama juga menunjukkan haiwan yang makan rosemary hanya mendapat separuh dari kebarangkalian mendapat kanser kolon dan kanser paru-paru berbanding dengan haiwan yang dietnya tidak mengandungi Rosemary.

Selain daripada itu rosemary juga digunakan untuk merawat masalah penghadaman dan haid yang tidak teratur. Cara penggunaannya sama iaitu dengan minum secawan kecil teh rosemary setiap pagi sebaik sahaja bangun dari tidur. Jika digunakan sebagai losyen ia dapat menghilangkan masalah sakit kepala. Jika teh ini diminum bersama madu ia boleh digunakan untuk merawat batuk. Ia juga baik digunakan sebagai tonik untuk menyuburkan kulit kepala dan mencantikkan kulit. Ia juga boleh menghilangkan kedutan kecil pada kulit. Wanita hamil tidak dibenarkan mengambil persediaan herba dari rosemary. Walau bagaimanapun kuantiti sedikit yang digunakan sebagai rempah dalam masakan tidak akan mendatangkan kemudaratan.

KESELAMATAN:

FAKTA MENARIK:

 


Common Name: Rosemary
Scientific Name: Rosemarinus officinalis
Other Name:
Family: Labiatae
Location: Herba Inggeris
Origin:

INTRODUCTION:

DESCRIPTION:

GROWING:

PLANTING:

USAGE / BENEFITS:

SAFETY:

FUN FACTS:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Pembelian borong, Herba Kering, Pertanyaan Am (Request for quote, Dried Herbs, General Inquiry)