Oleh / By: Nor
Nama Tempatan: | Putat |
Nama Saintifik: | Barringtonia racemosa (l.) spreng |
Nama Lain: | Putat kampung, putat ayam, lamog (Filipina) |
Famili: | Lecythidaceae |
Lokasi Gambar: | Tumbuhan liar |
Asal: |
KETERANGAN:
Putat merupakan tumbuhan yang biasa dijumpai tumbuh di kawasan tepi sungai atau berhampiran dengan kawasan yang berpaya. Ia merupakan sejenis pokok yang bersaiz sederhana dan boleh mencapai ketinggian hingga 10 meter. Ia di jumpai tumbuh di kawasan Asia Tenggara dan kepulauan pasifik. Terdapat dua jenis putat yang selalunya dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu iaitu putat hijau dan putat merah. selain dari pucuknya buahnya juga boleh dijadikan ulam. Ada juga putat yang dipanggil putat laut (Barringtonia Asiatic) seperti namanya putat ini biasa dijumpai tumbuh berhampiran dengan pantai. Daunnya juga agak berbeza dengan daun putat paya dengan warna daunnya hijau gelap yang berkilat. Bentuk buahnya juga berbeza. Walaupun habitat asalnya berhampiran dengan laut ia juga boleh ditanam dalam medium yang lain.
KEGUNAAN:
Ekstrak biji putat terbukti secara saintifik mempunyai sifat anti kanser. Di kemala India biji putat digunakan untuk merawat pelbagai penyakit yang menyerupai kanser (ketumbuhan) .
Common Name: | Putat |
Scientific Name: | Barringtonia racemosa (l.) spreng |
Other Name: | Putat kampung, putat ayam, lamog (Filipina) |
Family: | Lecythidaceae |
Location: | Tumbuhan liar |
Origin: |
USAGE:
RUJUKAN / REFERENCES:
http://www.forestry.sarawak.gov.my/forweb/np/np/tdpic/tdemb.htm
http://toptropicals.com/catalog/uid/barringtonia_racemosa.htm