Oleh / By: Nor
Nama Tempatan: | Pulut-Pulut |
Nama Saintifik: | Urena lobata l. |
Nama Lain: | Pepulut, caesar weed, pulutan, aramina, hibiscus burr, jute africain (french) , dadangsi apaka, hibiscus burr, aramina, caesarweed, pink Chinese burr, urena burr, bur mallow |
Famili: | Malvaceae |
Lokasi Gambar: | Belukar dan semak samun |
Asal: |
PENGENALAN:
Tumbuhan dikot ini merupakan tumbuhan yang biasa dijumpai tumbuh liar di tepi-tepi jalan atau kawasan belukar dan semak kecil. Ia dipanggil pulut-pulut kerana ciri buahna yang akan melekat pada bulu haiwan atau pakaian manusia yang tersentuh padanya. Ini ialah salah satu cara penyebaran pembiakan tumbuhan ini. Bunga pepulut berwarna merah jambu dan mempunyai lima kelopak dengan satu stigma di tengahnya. Seimbas lalu bunganya seolah-olah berbentuk bunga raya. Bunganya kecil dengan garis rentas berukuran lebih kurang 1. 5-3 cm. Ia dikategorikan sebagai tumbuhan renek (sub-shrub) dan bukan tumbuhan semusim. Ia boleh mencapai ketinggian hingga 1-2 m. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan akan menjadi coklat apabila matang. Buahnya mempunyai bulu yang keras dan boleh melekat pada bulu haiwan dan pakaian. Ia mudah membiak melalui biji benih.
KETERANGAN:
PENANAMAN:
PENJAGAAN:
KEGUNAAN:
Walaupun tumbuhan ini dianggap sebagai semak samun dan belukar di Malaysia dan negara-negara Asia, di Brazil ia ditanam di ladang untuk mendapatkan fibernya, yang terhasil dari batangnya. Di Brazil fiber yang terhasil dari batang pepulut dikenali sebagai aramina atau dikenali sebagai congo jute di Afrika. Jut ini banyak digunakan sebagai contohnya dijadikan tali dan guni.
Dalam perubatan tradisional , daunnya digunakan sebagai penawar untuk sakit perut. Akarnya pula digunakan untuk merawat rheumatik dan lumbago.
KESELAMATAN:
FAKTA MENARIK:
Common Name: | Pulut-Pulut |
Scientific Name: | Urena lobata l. |
Other Name: | Pepulut, caesar weed, pulutan, aramina, hibiscus burr, jute africain (french) , dadangsi apaka, hibiscus burr, aramina, caesarweed, pink Chinese burr, urena burr, bur mallow |
Family: | Malvaceae |
Location: | Belukar dan semak samun |
Origin: |
INTRODUCTION:
DESCRIPTION:
GROWING:
PLANTING:
USAGE / BENEFITS:
SAFETY:
FUN FACTS:
RUJUKAN / REFERENCES: