Oleh / By: Noraida Arifin
Nama Tempatan: | Petunia |
Nama Saintifik: | Petunia spp. |
Nama Lain: | |
Famili: | Solanaceae |
Lokasi Gambar: | Tumbuhan hiasan |
Asal: | Amerika Selatan |
PENGENALAN:
Petunia merupakan sejenis tumbuhan yang dianggap eksotik kerana bukan berasal dari negara kita. Ia merupakan tumbuhan hiasan yang agak sensitif dan memerlukan penjagaan yang teliti. Berasal daripada negara Eropah, petunia akan mekar dan subur berbunga pada musim panas. Ia boleh didapati dalam pelbagai warna velvet yang menarik hasil dari percantuman silang spesis-spesis utama.
Petunia mudah terdedah kepada sejenis serangga perosak iaitu kutu daun yang berwarna putih. Lazimnya serangga ini akan menyerang seluruh tumbuhan termasuk akarnya. Jika ini terjadi , pokok masih boleh diselamatkan dengan penggunaan racun serangga seperti malathion. Namun jika tumbuhan telah terlalu banyak diserang ia perlu dimusnahkan untuk mengelakkan jangkitan pada tumbuhan lain.
Ia tidak boleh didedahkan kepada cahaya matahari yang terik . Daunnya akan menjadi layu dan akhirnya akan mati. Penyiraman air tidak boleh dilakukan secara terus pada bunganya kerana ini akan menyebabkan bunganya rosak. Oleh sebab itu juga petunia tidak boleh diletakkan pada kawasan yang boleh terkena air hujan. Penyiraman hanya boleh dilakukan pada tanahnya sahaja.
Ia biasa dijadikan tumbuhan gantung yang amat menarik kerana bunganya yang mekar dengan banyaknya.
Petunia membiak melalui biji benih
KETERANGAN:
PENANAMAN:
PENJAGAAN:
KEGUNAAN:
Tumbuhan hiasan
KESELAMATAN:
FAKTA MENARIK:
Common Name: | Petunia |
Scientific Name: | Petunia spp. |
Other Name: | |
Family: | Solanaceae |
Location: | Tumbuhan hiasan |
Origin: | Amerika Selatan |
INTRODUCTION:
DESCRIPTION:
GROWING:
PLANTING:
USAGE / BENEFITS:
SAFETY:
FUN FACTS:
RUJUKAN / REFERENCES: