Oleh / By: Nor
Nama Tempatan: | Periuk Kera |
Nama Saintifik: | Nepenthes mirabilis |
Nama Lain: | pitcher plant |
Famili: | Nepenthaceae |
Lokasi Gambar: | Tumbuhan liar di hutan |
Asal: |
KETERANGAN:
Menyukai kawasan yang lembap dan terbuka tumbuhan unik ini biasa dijumpai tumbuh liar di kawasan hutan hujan tropika terutamanya di kawasan paya. Periuknya mengandungi sejenis bahan kimia yang dipanggil pepsin yang dapat menghadamkan serangga yang terperangkap di dalamnya dan menukarnya kepada nutrien untuk tumbuhan ini. Periuknya mengandungi penutup yang menghalang air hujan dari bertakung di dalamnya. Tumbuhan ini boleh membiak melalui pecahan rumpun. Jenis Nepenthes mirabilis banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan sekarang berbanding dengan periuk kera jenis lain dan harganya boleh melebihi RM50 sepasu. Di Sarawak periuknya digunakan untuk membungkus ketupat pulut yang dihidangkan di pagi raya.
KEGUNAAN:
Air yang terdapat di dalam periuk kera ini dikatakan berkhasiat untuk mengekalkan kesihatan mata. Akarnya digunakan untuk mengubat penyakit semput atau lelah atau asma dengan cara mengasah akarnya pada pasu dan dicampurkan dengan kemenyan putih. Campuran ini dididihkan dan ditapis sebelum diminum airnya. Kajian juga sedang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik untuk membuktikan khasiat tumbuhan ini sebagai penawar kepada penyakit kanser.
Common Name: | Periuk Kera |
Scientific Name: | Nepenthes mirabilis |
Other Name: | pitcher plant |
Family: | Nepenthaceae |
Location: | Tumbuhan liar di hutan |
Origin: |
USAGE:
RUJUKAN / REFERENCES: