Oleh / By: Noraida
Nama Tempatan: | Misai Kucing |
Nama Saintifik: | Orthosiphon aristatus /stamineus benth |
Nama Lain: | Kumis Kucing, Cat Whisker, Kabling Gubat, Rumujung, Lamiaceae |
Famili: | Lamiaceae |
Lokasi Gambar: | |
Asal: |
KETERANGAN:
Tumbuhan dari klasifiksi liar ini mula banyak ditanam dan popular sebagai tumbuhan taman kerana bunganya yang cantik. Tumbuhan ini mudah membiak melalui keratan batang dan memerlukan medium yang agak lembab untuk hidup dengan subur. Misai kucing ialah heba bukan semusim dan ia boleh hidup lama. Ia kaya dengan kalium. Tumbuhan ini mula menarik perhatian para pengkaji antarabangsa apabila ia mula diperkenalkan sebagai teh di Eropah pada awal kurun ke20.
KEGUNAAN:
Bahagian yang digunakan ialah keseluruhan pokok kecuali akarnya. Kandungan kimia: cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, apoi dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. daunnya yang dikeringkan dan dijadikan teh telah digunakan sajak dulu lagi dan selamat dari sebarang kesan sampingan. Ia juga dapat membantu tubuh kita mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Ia mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. selain itu ia juga dapat merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang. Ia juga dapat mencegah pembentukan batu karang. Ia juga terkenal dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis dan menurunkan tekanan darah tinggi.
Common Name: | Misai Kucing |
Scientific Name: | Orthosiphon aristatus /stamineus benth |
Other Name: | Kumis Kucing, Cat Whisker, Kabling Gubat, Rumujung, Lamiaceae |
Family: | Lamiaceae |
Location: | |
Origin: |
USAGE:
RUJUKAN / REFERENCES:
http://www.usm.my/r&d/frontiers/f1/6.html
http://www.goorganic.com.sg/misai%20kuching.htm
http://www.mdpi.net/sensors/papers/s31000458.pdf