Oleh / By: Noraida Arifin
Nama Tempatan: | Mata Kucing |
Nama Saintifik: | Euphoria malaiense |
Nama Lain: | |
Famili: | Sapindaceae |
Lokasi Gambar: | Asia Tenggara |
Asal: | Malaysia dan Indonesia |
PENGENALAN:
Mata kucing sering kali dikelirukan dengan panggilan longan (Euphoria longana) . Hakikatnya longan dan mata kucing adalah dua jenis buah-buahan yang berbeza. Mata kucing berasal dari Malaysia dan Indonesia namun kini taburannya telah meliputi kawasan Asia Tenggara termasuklah Thailand, Vietnam, Borneo dan sumatera. Ia juga telah tersebar ke Australia di mana pokok ini dijadikan pokok teduhan laman. Di Malaysia dan Indonesia ia masih lagi boleh dijumpai tumbuh secara semula jadi di habitat asalnya , di kawasan hutan hujan tropika.
Tumbuhan ini tumbuh dengan subur dengan kelembapan iklim tropika. Ia tumbuh subur di tanah yang berkelembapan tinggi.
Buahnya bulat dengan diameter sekitar 2cm , adakalanya lebih besar. Kulitnya berwarna coklat , buahnya tersusun dalam bentuk gugus seperti buah anggur. Isi buahnya berwarna putih lutsinar dan rasanya manis. Ketebalan isinya sekitar 5-10 mm, secara relatif, bijinya besar berbanding isinya.
Mata kucing selalunya dibiakkan menggunakan biji benih. Pokok yang ditanam menggunakan biji benih selalunya akan mengeluarkan buah ketika berusia 2 hingga 3 tahun. Teknik tut juga digunakan untuk menghasilkan pokok yang mengeluarkan bua dengan cepat. Mata kucing berbuah beberapa kali dalam setahun.
KETERANGAN:
PENANAMAN:
PENJAGAAN:
KEGUNAAN:
Buah-buahan dan pokok teduhan.
KESELAMATAN:
FAKTA MENARIK:
Common Name: | Mata Kucing |
Scientific Name: | Euphoria malaiense |
Other Name: | |
Family: | Sapindaceae |
Location: | Asia Tenggara |
Origin: | Malaysia dan Indonesia |
INTRODUCTION:
DESCRIPTION:
GROWING:
PLANTING:
USAGE / BENEFITS:
SAFETY:
FUN FACTS:
RUJUKAN / REFERENCES: