Shopping Cart

Hubungi: (+6011) 6353 1005

Penghantaran ke seluruh Malaysia**

Manggis

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan

Oleh / By:  Nor


Nama Tempatan: Manggis
Nama Saintifik: Garcinia mangostana l.
Nama Lain: Mangosteen, Mangostan (Perancis) , Manggis, mangustan, sta
Famili: Clusiaceae
Lokasi Gambar: Tumpat Kelantan
Asal: Malaysia

KETERANGAN:

Sejenis buah-buahan tropika yang merupakan tumbuhan asal dari Malaysia, manggis merupakan sejenis pokok yang boleh mencapai ketinggian hingga 8 meter. Ia merupakan sejenis pokok rendang dengan ranting yang banyak dan daun yang besar. Bahagian dalam batang mengandungi resin yang berwarna kuning pekat. Daunnya berbentuk ringkas dengan tangkai daun sepanjang 1-2 cm. Daunnya bersaiz 6. 5-9. 5 cm X 3. 5-5. 5 cm. Bunganya mempunyai 4 kelopak dan lazimnya berwarna merah jambu pucat. Buahnya berwarna hijau kekuningan ketika muda dan berubah menjadi magenta (ungu ) apabila masak. Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang

 

KEGUNAAN:

Kulit buah manggis digunakan dalam perubatan Melayu tradisional untuk mengubati cirit birit. Caranya ialah kulitnya diasah pada pasu dan airnya diminum. Air rebusan akar manggis juga digunakan untuk melancarkan haid. Getahnya digunakan untuk melegakan sembelit, tetapi ia boleh menyebabkan rasa loya dan muntah dan boleh menyebabkan kematian jika diambil dalam sukatan yang banyak.

 


Common Name: Manggis
Scientific Name: Garcinia mangostana l.
Other Name: Mangosteen, Mangostan (Perancis) , Manggis, mangustan, sta
Family: Clusiaceae
Location: Tumpat Kelantan
Origin: Malaysia


DESCRIPTION:

 

USAGE:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 + 7 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

Independently verified
384 reviews