CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Mambu

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan

Oleh / By:  Noraida


Nama Tempatan: Mambu
Nama Saintifik: Azadirachta indica
Nama Lain: Semambu, Bambu, Laksamana, Neem
Famili: Meliaceae
Lokasi Gambar: Tumbuhan teduhan ditepi-tepi jalan
Asal:


    

   

PENGENALAN:

Pokok mampu sejenis pokok yang mudah ditemui di tepi-tepi jalan. Pokok ini popular bagi masyarakat India dan digunakan dalam upacara sembahyang. Ia juga dikenali dengan nama sakhti atau god of mother oleh masyarakat India. Masyarakat India juga percaya daun ini boleh digunakan untuk menghalau hantu, sebab itulah kebanyakan rumah orang India mempunyai tanaman ini. Daun ini banyak digunakan dalam upacara keagamaan kaum India. Mambu mudah tumbuh dan membiak sama ada dari keratan batang ataupun biji benih. Apabila matang, ia boleh mencapai ketinggian antara 3 hingga 5 meter. Mambu memerlukan cahaya matahari yang cukup untuk tumbuh subur.

KETERANGAN:

PENANAMAN:

PENJAGAAN:

KEGUNAAN:

Secara tradisionalnya dalam masyarakat Melayu mambu digunakan untuk mengubat penyakit kulit yang berkaitan dengan kegatalan seperti scabies (kudis buta) dan cacar air (chicken pot) . Kaedah yang digunakan ialah dengan cara meramas daun mambu kedalam sebesen air dan air ini digunakan untuk mandi. Selain dapat menghilangkan miang akibat campak atau cacar air ia juga membantu kulit kembali ke keadaan asal selepas sembuh tanpa menimbulkan parut.

Pesakit campak dan cacar air selalunya tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana merasa terlalu gatal. Untuk mengurangkan kegatalan ini, daun bambu yang dibungkus dengan kain boleh digunakan sebagai lapik badan. Daun bambu yang ditumbuk lumat juga berkesan untuk merawat kudis buta atau scabies. Tangan pesakit hendaklah direndam dan dibersihkan dengan air suam. Setelah itu keringkan tangan dengan kain yang bersih dan campuran daun mambu yang tumbuk lumat disapu pada bahagian yang terkena kudis. Biarkan hingga kering sebelum dibersihkan. Terdapat juga produk di pasaran untuk merawat scabies yang menggunakan produk ini dalam bentuk sabun dan krim sapuan.
Daun ini juga mampu merawat sakit belakang. Campuran antara daun mampu dan daun kaduk direbus dan diminum airnya dikatakan dapat melegakan sakit belakang. Kaum India percaya semasa menggunakan ubat dari mambu mereka tidak dibenarkan memakan daging. Akar pokok mambu begitu pahit dan ia mengandungi alkaloid, nimbin, nimbinin dan nimbidin. Walaupun amat pahit akar mambu yang direbus dan diminum airnya dipercayai dapat melegakan demam dan gastrik.

Selain dari kegunaan perubatan , minyak yang di ekstrak dari pokok mambu boleh digunakan sebagai racun makhluk perosak yang selamat dan mesra alam.

KESELAMATAN:

FAKTA MENARIK:

 


Common Name: Mambu
Scientific Name: Azadirachta indica
Other Name: Semambu, Bambu, Laksamana, Neem
Family: Meliaceae
Location: Tumbuhan teduhan ditepi-tepi jalan
Origin:

INTRODUCTION:

DESCRIPTION:

GROWING:

PLANTING:

USAGE / BENEFITS:

SAFETY:

FUN FACTS:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Pembelian borong, Herba Kering, Pertanyaan Am (Request for quote, Dried Herbs, General Inquiry)