Oleh / By: Noraida Arifin
Nama Tempatan: | Lontar |
Nama Saintifik: | Borassus flabellifer |
Nama Lain: | Sea apple, Tal, Palmyra palm, toddy / wine palm, siwalan, rontal, talauriksha palm |
Famili: | Palmaceae |
Lokasi Gambar: | Gambar: Kebun Bunga Pulau Pinang |
Asal: | Afrika dan Asia |
PENGENALAN:
Pokok lontar merupakan sejenis pokok palma yang biasa dijumpai ditanam di kawasan sawah di Malaysia terutamanya di kawasan pantai timur dan utara. Ia merupakan antara tumbuhan yang menjadi sumber utama manisan selain daripada kelapa dan tebu. Batangnya keras dan berwarna coklat. Lontar merupakan pokok palma yang tinggi dan ketinggiannya boleh menjangkau sehingga 13 meter.
Daun lontar besar dan cantik serta berbentuk crown. Bilangan pelepah daun dalam satu pokok ialah antara 30 hingga 40 pelepah. Lebih kurang 14 daun baru dihasilkan setiap tahun. Pokok lontar mula berbunga apabila berumur lebih kurang 14 hingga 19 tahun. Ia boleh hidup hingga melebihi 100 tahun bergantung kepada keadaan iklim di sekelilingnya. Pembiakannya melalui biji benih. Percambahannya akan mengambil masa yang agak lama iaitu 4 bulan.
Nama lontar yang digunakan untuk pokok ini berasal dari perkataan sanskrit TALA yang bermaksud alat tulis. Ini kerana pada zaman silam, daunnya yang lebar itu dijadikan kertas untuk menulis. Daunnya dipotong menjadi empat segi dan dilubangkan, kemudian diikat dengan tali membentuk buku. Buahnya agak besar, berwarna hitam dan selalunya mengandungi lebih daripada satu biji benih di dalamnya (selalunya 3) . Lapisan dalam tempurungnya mengandungi isirung yang boleh dimakan.
KETERANGAN:
PENANAMAN:
PENJAGAAN:
KEGUNAAN:
Manggarnya dipotong untuk mengeluarkan niranya. Nira kemudiannya diminum sebagai minuman setelah diproses. ia juga boleh diproses untuk dijadikan manisan dan bentuk pepejal yang dipanggil gula melaka. Gula melaka juga menjadi sumber manisan yang digunakan dalam masakan. Isi rung buahnya sedap dimakan begitu sahaja atau dicampurkan dalam minuman. Minuman yang terhasil daripada nira ( ekstrak cairan bunganya yang masih belum kembang) lontar juga diproses untuk menjadi minuman beralkohol (arak) yang memabukkan. Ia dipanggil tuak masam.
Daunnya pula boleh dijadikan pelbagai kraf tangan dan barangan seperti beg , bakul, tikar dan atap. Sabutnya juga digunakan antaranya untuk membuat penyapu.
KESELAMATAN:
FAKTA MENARIK:
Common Name: | Lontar |
Scientific Name: | Borassus flabellifer |
Other Name: | Sea apple, Tal, Palmyra palm, toddy / wine palm, siwalan, rontal, talauriksha palm |
Family: | Palmaceae |
Location: | Gambar: Kebun Bunga Pulau Pinang |
Origin: | Afrika dan Asia |
INTRODUCTION:
DESCRIPTION:
GROWING:
PLANTING:
USAGE / BENEFITS:
SAFETY:
FUN FACTS:
RUJUKAN / REFERENCES: