Oleh / By: Nor
Nama Tempatan: | Lada Hitam |
Nama Saintifik: | Piper nigrum l. |
Nama Lain: | lada, biji lada, lada bena, Pepper, hu jiou, black peppercorn, mulagu, merica (Indonesia) , Fulful, filfil (arab) |
Famili: | Piperaceae |
Lokasi Gambar: | Rempah |
Asal: |
PENGENALAN:
Lada hitam merupakan sejenis herba memanjat dan memerlukan sokongan untuk tumbuh dan menghasilkan buah. Ia biasanya ditanam secara komersial di Negeri Johor dan Sarawak. Ia hidup subur di kawasan tanah tinggi dan berbukit. Lada hitam berasal dari Malabar , India dan dibawa ke Asia Tenggara sejak 2000 tahun lalu dan semenjak itu ia ditanam di Malaysia dan Indonesia. Kemudian ia tanam pula di Thailand, Vietnam , China dan Sri Lanka. Bahagian yang digunakan sebagai rempah ialah buahnya yang mempunyai bau yang kuat.
Terdapat dua jenis lada yang biasa dijumpai sebagai rempah iaitu lada hitam dan lada putih. Kedua-duanya dihasilkan dari buah lada hitam melalui dua proses yang berbeza. Lada hitam dihasilkan dengan cara menjemur dan mengeringkan buahnya yang belum masak di atas api hingga kulitnya berubah menjadi hitam dan berkeriput. Lada putih pula dihasilkan dengan memetik buah yang hampir masa, ia kemudiannya direndam untuk memudahkan proses pengupasan.
Pengupasan dilakukan dengan menggosoknya, setelah itu ia dijemur hingga benar-benar kering. Lada putih mempunyai bau yang lebih kuat dari lada hitam, tetapi bau lada hitam lebih wangi dari lada putih.
KETERANGAN:
PENANAMAN:
PENJAGAAN:
KEGUNAAN:
Selain digunakan secara meluas dalam masakan, dalam perubatan tradisional Melayu lada hitam digunakan untuk meredakan sakit perut, loya, demam, sakit sendi dan sakit kepala. Ia juga digunakan untuk membuang angin dalam badan. Ia juga digunakan untuk meredakan kembung perut bayi. Lada hitam juga digunakan oleh ibu dalam pantang dengan cara menumbuknya dengan ikan bilis goreng dan dimakan bersama nasi panas. Lada hitam dan lada putih yang dibungkus dalam kain dan dilayurkan pada api digunakan untuk menuam perut bayi yang kembung. Cara ini juga digunakan untuk meredakan kesakitan akibat bengkak dan bisul. Lada hitam juga berfungsi menguatkan tenaga batin lelaki. Lada hitam yang ditumbuk dan diminum bersama air suam dapat menguatkan tenaga dalaman lelaki. Air rebusan lada hitam pula berupaya meredakan cirit-birit dan kencing tidak lawas.
KESELAMATAN:
FAKTA MENARIK:
Common Name: | Lada Hitam |
Scientific Name: | Piper nigrum l. |
Other Name: | lada, biji lada, lada bena, Pepper, hu jiou, black peppercorn, mulagu, merica (Indonesia) , Fulful, filfil (arab) |
Family: | Piperaceae |
Location: | Rempah |
Origin: |
INTRODUCTION:
Pepper is a climbing herb and need support to grow. It is usually grown commercially, for the fruit, in the state of Johor and Sarawak in Malaysia. It thrives in the area of high ground and hill terrain. Pepper originated from Malabar, India, and brought to Southeast Asia since 2000 years ago and since then it was planted in Malaysia and Indonesia. Then, it was been planted in Thailand, Vietnam, China and Sri Lanka. The part used as a spice is the fruit that has a very strong smell of pepper. There are two common types of pepper which are black pepper and white pepper. Both are produced from the pepper fruit, through two different processes. Black pepper is produced by drying the fruit under the sun and then the fruit was heated over low heat until the skins turn black. White pepper process is different; the almost ripe fruit is plucked and soaked to facilitate the stripping process. Stripping is done by scrubbing the fruit. After that the fruit was dried under the sun until it is completely dried up. White pepper has a stronger smell compare to black pepper.
DESCRIPTION:
GROWING:
PLANTING:
USAGE / BENEFITS:
Besides widely used in cooking, in Malay traditional medicine black pepper is used to relieve abdominal pain, nausea, fever, joint pain and headaches. It is also used relieve wind problem and baby colic. Black pepper is also used by mothers in confinement period after the delivery. It is usually pounded together fried anchovies and eaten with hot rice. Black pepper and white pepper are wrapped in cloth and heated is used to reduce blotted stomach problem for babies. Apart from that, it is also used to relieve pain due to swelling, boil or ulcer. Pepper is also used to boost up the sexual libido especially for man. The method is by drinking the mixing of ground black pepper and warm water. The stewed black pepper will be able to relieve diarrhea and promote urination.
SAFETY:
FUN FACTS:
RUJUKAN / REFERENCES: