CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Kemunting

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan

Oleh / By:  Nor


Nama Tempatan: Kemunting
Nama Saintifik: Rhodomyrtus tomentosa (ait.) hassk.
Nama Lain: Dunduok (kadazan dusun) , Gangrenzi (Cina) , Downy rose myrtle, downy myrtle, hill gooseberry, hill guava, Isenberg bush, myrte-groseille, rose myrtle
Famili: Myrtacea
Lokasi Gambar: Tumbuhan liar
Asal:


    

   

PENGENALAN:

Merupakan tumbuhan yang biasa tumbuh sebagai semak samun di Hawaii dan Malaysia kemunting juga menjadi tumbuhan yang biasa menguasai kawasan lapang dan terbiar di Thailand. Ia merupakan tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter. Batangnya yang muda mempunyai bulu-bulu pendek yang halus dan padat. Daunnya tersusun secara bertentangan, berbentuk ringkas dan berbentuk bujur. Permukaan daun berkilat dengan warna hijau gelap manakala bahagian bawah daunnya mempunyai bulu-bulu halur dan berwarna hijau pudar. Bunganya berwarna merah jambu, dengan lima kelopak. Ia mempunyai banyak stamen dengan 5 filamen berwarna merah jambu dan saiznya berukuran (garis rentas) 2. 5 cm. Satu atau lebih bunga tersusun pada tangkai bunga. Buahnya kecil (beri) dengan ukuran garis rentas lebih kurang 1. 3 cm, berwarna ungu gelap dengan isi yang manis dan berbau harum. Kemunting hidup subur di kawasan yang tanahnya mempunyai kelembapan yang tinggi terutamanya berhampiran dengan paya atau sungai. Namun ia juga boleh beradaptasi dengan pelbagai jenis tanah seperti tanah pasir dan tanah yang agak masin. Di Malaysia dan Thailand kemunting biasa dijumpai hidup di kawasan tanah pasir dan juga kawasan yang berpaya.

KETERANGAN:

PENANAMAN:

PENJAGAAN:

KEGUNAAN:

Di Malaysia, masyarakat Kadazan dusun merebus akar kemunting untuk menjadikan air rebusannya sebagai penawar untuk muntah berdarah. Air rebusan ini (lebih kurang 150 ml) diminum tiga kali sehari selama tiga hari.

Buahnya yang manis boleh digunakan untuk membuat pai dan juga jem. Di kawasan selatan Thailand buah kemunting yang masak ranum dan manis rasanya dimakan bersama santan yang dicampuri dengan sedikit garam.

KESELAMATAN:

FAKTA MENARIK:

 


Common Name: Kemunting
Scientific Name: Rhodomyrtus tomentosa (ait.) hassk.
Other Name: Dunduok (kadazan dusun) , Gangrenzi (Cina) , Downy rose myrtle, downy myrtle, hill gooseberry, hill guava, Isenberg bush, myrte-groseille, rose myrtle
Family: Myrtacea
Location: Tumbuhan liar
Origin:

INTRODUCTION:

DESCRIPTION:

GROWING:

PLANTING:

USAGE / BENEFITS:

SAFETY:

FUN FACTS:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!