Oleh / By: Noraida Arifin
Nama Tempatan: | Kemenyan |
Nama Saintifik: | Styrax benzoin Dryand |
Nama Lain: | Benzoin, Benzointree, Gum benjamin-tree, Onycha, Loban, Styraxtree, Sumatra benzointree |
Famili: | Styracaceae |
Lokasi Gambar: | |
Asal: | India, Asia Tenggara |
PENGENALAN:
Sejenis pokok yang besar (sehingga 35m) dari keluarga Styracaceae. Kulit batangnya berwarna perang kemerah-merahan. Kemenyan boleh jumpai di habitat semulajadinya di India, Myanmar, Thailand, Kemboja, Vietnam, Indonesia & Malaysia. Penanaman secara besar-besaran dilakukan di beberapa tempat di Indonesia. Getah Kemenyan dihasilkan dengan “melukakan” batangnya merupakan produk yang mempunyai berbagai khasiat disamping baunya yang wangi. ia mula popular di Eropah pada penghujung abad ke-16 dan digunakan sebagai bahan mentah untuk penwangi, perasa dan dalam industri farmasi.
Kemenyan boleh ditanam daripada buah yang dikumpul atau anak benih pokok hutan yang dikorek dan ditanam pindah. Anak benih dibiarkan di tapak semaian sehingga 10-12 bulan di mana ketinggiannya mencapai 1-1.5 meter. Pada ketika ini, anak benih sedia untuk dipindahkan ke ladang.
Kemenyan mengandungi asib benzoik, lignin, minyak pati dan vanilin.
KETERANGAN:
PENANAMAN:
PENJAGAAN:
KEGUNAAN:
Asap Kemenyan yang dibakar sekiranya dihidu atau ditelan sedikit digunakan untuk merawat strok, pitam selepas bersalin, sakit perut, sakit pada bahagian jantung, mengatasi jangkitan, mewangikan badan, atasi angin dalam perut, sedatif, tonik tenaga, mengeluarkan kahak, buasir dan melawas buang air kencing. Kemenyan yang ditabur ke dalam air mendidih dan wapnya dihidu membantu merawat selesema, radang peti suara, bronkitis dan masalah pernafasan. Ia juga digunakan sebagai rawatan luar untk mencuci dan merawat luka, kudis atau bisul.
Bagi kegunaan selain perubatan Kemenyan banyak digunakan dalam industri farmaseutikal, pewangi dalam sabun, syampu, losyen, krim penyaman udara dan minyak wangi. Dalam industri makanan pula ia digunakan dalam perisa coklat, ais krim, produk susu, sirap dan dicampurkan dengan tembakau dalam penghasilan rokok.
KESELAMATAN:
FAKTA MENARIK:
English Version
Common Name: | Kemenyan |
Scientific Name: | Styrax benzoin Dryand |
Other Name: | Benzoin, Benzointree, Gum benjamin-tree, Onycha, Loban, Styraxtree, Sumatra benzointree |
Family: | Styracaceae |
Location: | |
Origin: | India, Asia Tenggara |
INTRODUCTION:
DESCRIPTION:
GROWING:
CARE:
USAGE / BENEFITS:
SAFETY:
FUN FACTS:
RUJUKAN / REFERENCES:
http://tropical.theferns.info/viewtropical.php?id=Styrax+benzoin