Oleh / By: Noraida Arifin
Nama Tempatan: | Kacang Parang |
Nama Saintifik: | Canavalia gladiata |
Nama Lain: | swordbean,natamame,jackbean |
Famili: | Fabaceae |
Lokasi Gambar: | Tumbuhan di melur.com |
Asal: | Asia dan Afrika |
PENGENALAN:
Ia dikenali juga dengan nama swordbean, natamame(jepun) merupakan sejenis kekacang yang tertua dalam keluarga kekacang. Ia banyak digunakan dalam perubatan tradisional cina . Terkini ia mula popular di jepun dan dijadikan item untuk makanan kesihatan dan teh kesihatan. Terdapat 2 jenis kacang parang. Satu yang bijinya merah dan satu lagi bijinya putih. Bijinya tersusun dalam satu pod yang besar dan panjangnya lebih kurang 40 cm.
Ia berasal dari Asia dan Afrika, dan mula menyebar ke Jepun pada zaman dinasti Qing.Di Jepun podnya yang masih muda dijadikan antara sayuran yang di jeruk dan dipanggil ‘Fukujinzuke’. Ia dipercayai dapat meningkatkan fungsi buah pinggang, masalah pernafasan dan juga masalah nafas berbau.
Biji kacang parang yang telah matang boleh dijadikan sup,direneh bersama daging cincang dan pelbagai masakan lagi. selaput bijinya mengandungi sedikit toksid yang boleh menyebabkan rasa loya. Jadi seeloknya selaput bijinya dibuang sebelum dimasak.
KETERANGAN:
PENANAMAN:
PENJAGAAN:
KEGUNAAN:
Selain dimakan sebagai sayuran dan sumber protein , kacang parang mempunyai banyak khasiat untuk perubatan. Antaranya enzim urease yang diekstrak dari bijinya digunakan secara klinikal untuk menguraikan uria dalam darah. Di korea sabun yang diformulasi dari ekstrak biji kacang parang digunakan dalam merawat penyakit kaki makan air (athlete foot).Sabun yang sama juga digunakan untuk jerawat. Di Jepun pula ia digunakan untuk merawat pelbagai penyakit yang disebabkan oleh keradangan ( inflammatory) seperti buasir, kanser, ozena dan lain-lain.
KESELAMATAN:
FAKTA MENARIK:
Common Name: | Kacang Parang |
Scientific Name: | Canavalia gladiata |
Other Name: | swordbean,natamame,jackbean |
Family: | Fabaceae |
Location: | Tumbuhan di melur.com |
Origin: | Asia dan Afrika |
INTRODUCTION:
DESCRIPTION:
GROWING:
PLANTING:
USAGE / BENEFITS:
SAFETY:
FUN FACTS:
RUJUKAN / REFERENCES: