Oleh / By: noraida
Nama Tempatan: | Jerangau |
Nama Saintifik: | Acorus calamus |
Nama Lain: | Jeringau, Jeringu, Calamus, Sweet Flag, Citatrai, Butch |
Famili: | Acoraceae / Araceae |
Lokasi Gambar: | Tumbuhan liar |
Asal: | Tumbuhan tempatan |
KETERANGAN:
Jerangau mudah dijumpai di kawasan yang berpaya terutamanya di tepi sungai. Ia merupakan tumbuhan separa berair. Ia mempunyai rizom yang berbau wangi. Rizomnya berbentuk silinder dan diameternya antara 19 hingga 25mm. Kulit rizom berwarna coklat muda dengan warna putih di dalamnya. Bahagian dalamnya berbentuk seperti span. Daunnya tebal dan keras berbentuk seperti pedang. Apabila daunnya dikoyakkan akan terhasil satu bau yang wangi. Jerangau menghasilkan bunga berwarna kuning kecil yang akan keluar dari ketiak daunnya. Tumbuhan ini jarang mengeluarkan biji benih dan pembiakan utamanya ialah melalui pecahan rizom.
KEGUNAAN:
Minyak jerangau digunakan untuk mengubati sakit perut yang disebabkan oleh gastrik. Ia juga digunakan dalam industri pembuatan minyak wangi. Jerangau juga digunakan dalam ramuan yang digunakan oleh wanita selepas bersalin bersama cekur. Ia mempunyai ciri-ciri anti oksidan.
Common Name: | Jerangau |
Scientific Name: | Acorus calamus |
Other Name: | Jeringau, Jeringu, Calamus, Sweet Flag, Citatrai, Butch |
Family: | Acoraceae / Araceae |
Location: | Tumbuhan liar |
Origin: | Tumbuhan tempatan |
USAGE:
RUJUKAN / REFERENCES: