CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Daun Dewa

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan

Oleh / By:  NORAIDA ARIFIN


Nama Tempatan: Daun Dewa
Nama Saintifik: Gynura divaricata/gynura segetum (lour) merr/gynura pseudochina
Nama Lain: setawar barah, beluntas Cina, samsit
Famili: Compositae
Lokasi Gambar: Tumbuhan di laman
Asal: Tumbuhan tempatan


    

   

PENGENALAN:

Pokok daun dewa atau dikenali juga dipantai timur dengan nama setawar barah merupakan sejenis tumbuhan herba dengan batang yang lembut. Ia mempunyai daun yang permukaannya dilitupi oleh rerambut halus yang lembut. Bahagian tepi daunnya bergerigis dan seolah-olah mempunyai garisan luar yang berwarna ungu. Ia biasa ditanam untuk dijadikan ulam di kampung-kampung di Malaysia. Ia membiak menggunakan ubinya dan pecahan rumpun.

KETERANGAN:

PENANAMAN:

PENJAGAAN:

KEGUNAAN:

Menurut kajian yang dijalankan oleh Fakultas Farmasi UGM dan Badan Tenaga Nuklir Nasional (BATAN) Indonesia, etanol yang terdapat pada ekstraknya didapati dapat menghalang pertumbuhan sel kanser paru-paru pada tikus. Kajian juga dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa sebuah universiti di Indonesia terhadap pertumbuhan pembuluh darah pada telur ayam. Mereka mendapati telur ayam yang diberikan ekstrak daun dewa menunjukkan pembentukan pembuluh darah yang lambat berbanding biasa.

Khasiat daun dewa di peroleh dari daun dan ubinya. Daunnya boleh dimanfaatkan untuk mengubati ketuat dan tumor. Untuk mengubati ketuat daunnya dihancurkan dan letakkan pada ketuat dan biarkan semalaman. Basuh pada keesokan harinya. Lakukan hingga ketuat mati. Untuk membantutkan pertumbuhan tumor daunnya boleh dimakan mentah sebagai ulam. Untuk mengubati bisul pula kaedah yang digunakan ialah dengan menampal daun yang dilumatkan ada bisul.

Ubinya pula boleh digunakan untuk mengubati lebam kerana ia boleh menghilangkan darah beku. Untuk pengubatan kanser pula antara ramuan yang biasa dibuat ialah dengan mencampurkan 30g daun dewa dengan 20g temu putih dan 30 g rumput jombang atau lebih kita kenali dengan nama dandelion. Ketiga-tiga tumbuhan ini direbus dengan 600ml air sehingga ia hanya tinggal 300ml. Air rebusannya ditapis dan diminum apabila suam setiap hari sehingga penyakit berkurang. Ubinya yang dihancurkan juga boleh dijadikan penawar gigitan ular.

KESELAMATAN:

FAKTA MENARIK:

 


Common Name: Daun Dewa
Scientific Name: Gynura divaricata/gynura segetum (lour) merr/gynura pseudochina
Other Name: setawar barah, beluntas Cina, samsit
Family: Compositae
Location: Tumbuhan di laman
Origin: Tumbuhan tempatan

INTRODUCTION:

DESCRIPTION:

GROWING:

PLANTING:

USAGE / BENEFITS:

SAFETY:

FUN FACTS:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Pembelian borong, Herba Kering, Pertanyaan Am (Request for quote, Dried Herbs, General Inquiry)