Oleh / By: Noraida
Nama Tempatan: | Cempaka |
Nama Saintifik: | Michelia champaca linn |
Nama Lain: | Kantil (jawa) |
Famili: | Magnoliaceae |
Lokasi Gambar: | |
Asal: |
PENGENALAN:
Cempaka sejenis pokok berkayu yang biasanya tumbuh di hutan dengan ketinggian mencapai hingga 30 meter. Pokok ini selalunya mempunyai 3 jenis yang dibezakan oleh warna bunganya iaitu putih, kuning dan merah. Beza antara Cempaka putih dan Cempaka kuning ialah daun Cempaka kuning mempunyai permukaan yang dilitupi oleh rerambut halus manakala daun Cempaka putih mempunyai permukaan yang licin. Buahnya sedap dimakan , mempunyai bentuk seperti jantung dengan bahagian bijinya yang agak pahit. Kayunya boleh dijadikan perabot dan peralatan rumah, cuma ia jarang digunakan mungkin kerana jarang dijumpai pokok Cempaka yang begitu besar sekarang ini. Sekarang, kaedah kahwin telah membolehkan Cempaka ditanam sebagai tumbuhan tanaman dalam pasu, dan boleh berbunga walaupun tingginya belum mencecah 1 meter. Bunganya yang wangi mempunyai kandungan minyak volatile yang terdiri daripada cheraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik, nerol, dan methulaethulazijnzuur. Kayu Cempaka juga mempunyai bau yang sangat wangi dan biasanya minyak pati Cempaka didapati dari ekstrak bunga, daun dan kayunya.
KETERANGAN:
PENANAMAN:
PENJAGAAN:
KEGUNAAN:
Cempaka kuning untuk wanita lepas bersalin, demam selesema dan kencing tak lawas. Untuk wanita dalam pantang caranya ambil beberapa helai daun Cempaka kuning, bersihkan dan rebus hingga mendidih. Sejukkan airnya dan minum sekali sehari. Untuk kencing tak lawas pula beberapa kuntum bunganya direbus hingga mendidih, disejukkan dan airnya diminum sekali sehari. Untuk demam selesema pula, akarnya dititikkan dan direbus hingga mendidih dan minum airnya apabila suam.
Cempaka putih pula mempunyai khasiat untuk merawat bisul, pitam dan radang tekak. Untuk bisul, beberapa helai daun Cempaka putih yang segar ditumbuk dan hingga lumat dan ditampal pada bisul. Untuk pitam pula, beberapa kuntum bunganya direbus hingga mendidih dan minum airnya setelah suam. Manakala untuk pitam cara yang sama digunakan cuma tambahkan madu ketika hendak minum air tersebut. Selain itu kulit pokoknya juga di jadikan tonik untuk menambahkan kecergasan.
Daun Cempaka kuning yang direbus dan ditambah madu boleh mengubat kecacingan, rheumatik. Rebusan yang tidak ditambah madu boleh dijadikan ubat untuk nafas berbau (halitosis) . Cempaka juga mempunyai peranan yang penting dalam industri kosmetik dan upacara keagamaan. Minyaknya juga dijadikan salap dan minyak rambut. Bunganya yang masih belum mekar, direbus bersama kelapa muda dikatakan boleh merawat gonorrhea. Bijinya yang dilumatkan bersama halia boleh dijadikan ubat demam terutamanya pada kanak-kanak. Kulit akarnya boleh digunakan untuk melancarkan kitaran haid dengan cara merebus kulit akarnya hingga mendidih dan airnya diminum. Kaedah yang sama digunakan untuk mempercepatkan pengeluaran uri atau plasenta. Untuk bayi yang hendak bercerai susu, bijinya yang dilumatkan boleh diletakkan di payudara , rasanya yang pahit akan menyebabkan bayi hilang keinginan untuk menyusu.
KESELAMATAN:
FAKTA MENARIK:
Common Name: | Cempaka |
Scientific Name: | Michelia champaca linn |
Other Name: | Kantil (jawa) |
Family: | Magnoliaceae |
Location: | |
Origin: |
INTRODUCTION:
DESCRIPTION:
GROWING:
PLANTING:
USAGE / BENEFITS:
SAFETY:
FUN FACTS:
RUJUKAN / REFERENCES: