Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Cempaka Keling

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan

Oleh / By:  NORAIDA ARIFIN


Nama Tempatan: Cempaka Keling
Nama Saintifik: Michelia figo/magnolia figo/magnolia fuschata
Nama Lain: Portwine, Banana Shrub
Famili: Magnoliacea
Lokasi Gambar: China, Jepun, Amerika Utara, Amerika Tropika, India, Myanmar, Thailand, Malaysia, Indonesia dan Filipina
Asal: Tumbuhan Tempatan


    

   

PENGENALAN:

Terdapat kira-kira 125 spesies pokok yang tergolong dalam genus magnolia. Genus ini dikatakan antara genus yang paling tua dan primitif di kalangan pokok berbunga. Taburannya meliputi China, Jepun, Amerika Utara, Amerika Tropika, India, Myanmar, Thailand, Malaysia, Indonesia dan Filipina. Saiz dan bentuk bunganya berbeza-beza. Di negara-negara Temperat, saiz bunga magnolia yang dijumpai lebih besar, tetapi di Negara kita walaupun saiznya lebih kecil tetapi baunya sangat wangi.

Tumbuhan dari keluarga magnoliacea ini selalunya mengeluarkan bunga ketika muda. Oleh kerana itu, ia banyak dijadikan penghias taman kecil.

Jika di bandingkan antara jenis-jenis Cempaka yang biasa ditanam di sekitar laman, Cempaka keling merupakan variasi yang agak jarang ditemui. Ia merupakan sejenis pokok renek yang rimbun dan agak lambat membesar. Ia yang dikenali dengan nama botani Magnolia figo atau michelia figo atau magnolia fuscata tergolong dalam keluarga magnoliaceae. Ia juga dikenali dengan nama port wine atau banana shrub di Barat.

Daunnya bersaiz kecil dengan warna daun hijau berkilat pada permukaan atasnya dan berwarna coklat muda pada permukaan bawah. Batang dan bahagian tangkai daun mempunyai bulu-bulu halus yang berwarna coklat muda. Tumbuhan ini walaupun mempunyai sifat pertumbuhan yang agak lambat, tetapi lama kelamaan ia akan membentuk pokok renek yang padat dengan daun. Ketinggian pokok ini boleh mencapai hingga 4. 5 meter jika ditanam di atas tanah. Tetapi jika ditanam di dalam pasu, selalunya ketinggian maksimumnya sekitar 2 meter sahaja.

Bunganya bersaiz kecil, lebih kurang sebesar jari telunjuk. Bunganya mempunyai aroma manis yang sangat wangi seolah-olah bau pisang yang sedang masak. Ia berwarna putih krim dengan sedikit jalur ungu. Bahagian luar bunga dilindungi oleh pengasuh bunga (tampuk) yang berwarna coklat tua. Apabila kembang sepenuhnya bunganya mempunyai diameter sekitar 1. 5 inci. Bunganya mempunyai mempunyai enam kelopak yang mempunyai permukaan yang seolah berlilin.
Pembiakan

Pokok Cempaka keling selalunya dibiakkan melalui biji benihnya.
Penjagaan
Proses pemangkasan ranting perlu dilakukan dari masa ke semasa untuk memastikan pertumbuhan ranting baru yang akan menerbitkan bunga. Pemangkasan juga perlu untuk memastikan pokok menjadi rimbun dan mempunyai daun yang padat. Tanah yang sesuai untuk penanaman pokok Cempaka keling ialah tanah dari jenis neutral hingga ke sedikit berasid. Tanah mestilah mempunyai kandungan humus yang tinggi dan bersaliran baik. Jika penanaman pokok ini dilakukan di dalam pasu pastikan penukaran pasu kepada pasu yang lebih besar dilakukan setiap tahun. Pastikan tanah baru ditambah untuk memastikan kandungan nutrien dan humus mencukupi.

Untuk memastikan pengeluaran bunga yang banyak dan berterusan ia memerlukan sinaran matahari yang cukup. Sewajarnya ia ditanam di kawasan yang mendapat cahaya matahari sepenuhnya sepanjang tahun. Oleh kerana rantingnya kecil dan mudah patah, elakkan tumbuhan ini ditanam di kawasan yang selalu mendapat angina yang kuat. Jika perlu, ikatkan batangnya pada kayu yang di panjang untuk mengelakkan rantingnya patah terkena tiupan angin yang kuat.

KETERANGAN:

PENANAMAN:

PENJAGAAN:

KEGUNAAN:

KESELAMATAN:

FAKTA MENARIK:

 


Common Name: Cempaka Keling
Scientific Name: Michelia figo/magnolia figo/magnolia fuschata
Other Name: Portwine, Banana Shrub
Family: Magnoliacea
Location: China, Jepun, Amerika Utara, Amerika Tropika, India, Myanmar, Thailand, Malaysia, Indonesia dan Filipina
Origin: Tumbuhan Tempatan

INTRODUCTION:

DESCRIPTION:

GROWING:

PLANTING:

USAGE / BENEFITS:

SAFETY:

FUN FACTS:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

2 comments

  1. Laulenkheong

    Where to purchase cempaka fragrance keling [ Red flower ] ?

    1. Sorry, we don’t have the red flower.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!