Oleh / By: Nor
Nama Tempatan: | Beluntas |
Nama Saintifik: | Pluchea indica (l.) less |
Nama Lain: | Kayu (Burma) , Pras anbok (Kemboja) , cuc tan, cay luc, tu bi (Vietnam) . |
Famili: | Compositae |
Lokasi Gambar: | Tumbuhan Liar |
Asal: |
PENGENALAN:
Beluntas merupakan sejenis tumbuhan renek yang biasa dijumpai tumbuh liar terutamanya di kawasan yang agak berpaya di Asia Tenggara. Ketinggian beluntas yang biasa dijumpai ialah sekitar 0. 5 hingga 2. 5 meter. Beluntas juga biasa ditanam sebagai tumbuhan pagaran dan sebagai tumbuhan penghias laman kerana fungsi daunnya yang boleh dijadikan ulam dan masak lemak. Daunnya berbentuk ringkas dan tersusun dalam bentuk berselang. Bunganya berwarna putih atau ungu dan mempunyai kelopak yang kecil. Beluntas biasanya dibiakkan dnegna menggunakan keratan batang.
KETERANGAN:
PENANAMAN:
PENJAGAAN:
KEGUNAAN:
Beluntas merupakan sejenis ulaman yang juga mempunyai fungsi sebagai penawar dalam perubatan berasaskan herba. Di Indonesia jus beluntas digunakan untuk merawat di sentri ( berak berdarah) . Daunnya juga digunakan untuk merawat penyakit keputihan yang biasa dideritai oleh wanita. Daunnya yang ditumbuk bersama garam boleh digunakan untuk merawat nafas berbau dan menggalakkan perpeluhan. Di Malaysia pula serbuk yang dihasilkan oleh daun beluntas biasanya digunakan untuk meraway demam. Serbuk ini yang dicampuri dengan sedikit air hingga menjadi pes digunakan untuk menyembuhkan ulser dan menghilangkan lembam dan bengkak. Bagi masyarakat Vietnam pula daun beluntas digunakan untuk merawat keradangan. Akarnya pula digunakan untuk merawat demam, melegakan sakit kepala, merawat rheumatik , lumbago dan penyakit tidak hadam. Daunnya yang diseduh dalam air panas diminum untuk melegakan selesema. Serbuk daunnya yang dicampurkan dengan minyak jarak digunakan untuk menyembuhkan tulang retak. Di Thailand pula jus daun beluntas digunakan untuk merawat kencing manis, sebagai pelawas kencing. Rebusan daunnya juga dijadikan tonik untuk memanjangkan umur. Selain dari itu beluntas juga sedap dijadikan ulam dan masak lemak walaupun rasanya agak payau dan baunya yang agak kuat.
KESELAMATAN:
FAKTA MENARIK:
Common Name: | Beluntas |
Scientific Name: | Pluchea indica (l.) less |
Other Name: | Kayu (Burma) , Pras anbok (Kemboja) , cuc tan, cay luc, tu bi (Vietnam) . |
Family: | Compositae |
Location: | Tumbuhan Liar |
Origin: |
INTRODUCTION:
DESCRIPTION:
GROWING:
PLANTING:
USAGE / BENEFITS:
SAFETY:
FUN FACTS:
RUJUKAN / REFERENCES: