Oleh / By: Noraida Arifin
Nama Tempatan: | Belimbing |
Nama Saintifik: | Averrhoa carambola |
Nama Lain: | Starfruit, Carambola |
Famili: | Oxalidaceae |
Lokasi Gambar: | Tumbuhan tempatan |
Asal: | Asia Tenggara |
PENGENALAN:
Belimbing merupakan sejenis tumbuhan tempatan yang mudah dijumpai di tanam di kampung-kampung kerana fungsinya sebagai pokok yang membekalkan makanan di samping menyediakan teduhan. Pokok belimbing tergolong dalam kelompok pokok kecil dengan ketinggian sekitar 5 hingga 12 meter. Daunnya kecil berwarna hijau gelap dan tersusun secara berselang pada tangkai daun. Bunganya berwarna ungu kemerahan. Buahnya yang berwarna hijau ketika muda berubah menjadi kuning apabila masak. Buahnya berbentuk bujur dengan lima bucu pada permukaannya. Apabila dipotong secara keratan rentas potongan buahnya berbentuk bintang. Ia boleh dibiakkan dengan kaedah tut , biji benih dan keratan batang.
KETERANGAN:
PENANAMAN:
PENJAGAAN:
KEGUNAAN:
Buah yang mengandungi anti-oksida , natrium dan vitamin C ini boleh dipelbagaikan kegunaannya. Selain boleh dimakan begitu saja dengan rasanya yang manis bersari, ia juga boleh dijadikan jus, jem dan dimasukkan ke dalam campuran salad. Selain itu buahnya juga dicampuri ke dalam masakan , contohnya masakan udang masak santan di Thailand.
Dari sudut perubatan pula, campuran belimbing dan herba lain telah digunakan untuk merawat sakit kepala, loya dan muntah-muntah. Satu kajian yang telah dilakukan oleh sekumpulan pengkajilah mendapati belimbing mengandungi unsure ?antidepresan?dengan ciri yang sama seperti yang terdapat dalam ubat-ubat penenang.
KESELAMATAN:
FAKTA MENARIK:
English Version
Common Name: | Belimbing |
Scientific Name: | Averrhoa carambola |
Other Name: | Starfruit, Carambola |
Family: | Oxalidaceae |
Location: | Local plants |
Origin: | Asia Tenggara |
INTRODUCTION:
DESCRIPTION:
GROWING:
PLANTING:
USAGE / BENEFITS:
SAFETY:
FUN FACTS: