fbpx
Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Daun Catnip, Kucing & Manusia

Daun Catnip, Kucing & Manusia

Catnip Buzz

Apabila kucing menghidu daun catnip mereka akan melakukan beberapa pergerakkan yg agak pelik seperti: menggosok kepala dan badan mereka pada pokok, melompat, berguling-guling, mengeluarkan bunyi serta air liur. Keadaan ini boleh berlaku sehingga 10 minit sebelum hilang sepenuhnya selepas 30 minit. Antara 70 – 80 peratus daripada kucing akan mengalami keadaan ini.

Pokok catnip (Nepeta cataria) adalah daripada keluarga pudina dan mengandungi minyak mudah ruap (volatile oil), sterol, asid dan tannin. Berasal dari Eropah, Asia dan Afrika, tumbuhan itu telah dibawa ke Amerika Utara oleh peneroka. Kini tumbuhan inin amat popular dan boleh dijumpai di taman-taman herba dan tumbuh secara meluas sebagai rumpai. Catnip tidak menyebabgkan ketagihan ianya langsung tidak merbahaya kepada kucing.

Jadi, bagaimana catnip berfungsi? Nepetalactone, salah satu daripada minyak mudah ruap (volatile oil) catnip memasuki tisu hidung kucing, di mana ia dipercayai untuk mengikat kepada reseptor protein yang merangsang neuron deria. Sel-sel ini, seterusnya, mencetuskan tindak balas dalam neuron pencium dan ke beberapa kawasan otak termasuk amygdala dalam otak tengah yang menjadi pengantara tindak balas emosi terhadap rangsangan.

Amygdala mengintegrasikan aliran maklumat ke kawasan yang mengawal tindak balas tingkah laku.

Manusia tidak menunjukkan kesan yg serupa terhadap catnip. Otak manusia adalah fisiologi yang berbeza dari otak kucing. Walau bagaimana pun catnip masih mempunyai nilai perubatan alternatif. Orang asli Amerika menggunakan catnip untuk meredakan tangisan bayi disebabkan kolik. Ia juga bertindak sebagai sedatif ringan dalam beberapa teh herba. Pakar herba juga ada menggunakan catnip untuk mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan kekejangan, gas, masalah pencernaan, insomnia, gugup dan tiada selera makan, atau sebagai pes herba untuk mengurangkan bengkak yang berkaitan dengan arthritis dan kecederaan tisu lembut.

Daripada segi sains moden, terdapat kajian ke arah pengekstrakkan minyak (essential oil) untuk digunakan sebagai penghalau nyamuk (repellent).

Fakta-fakta Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Tentang Catnip

  1. Walaupun kesan terhadap kucing adalah sama seperti kesan dadah kepada manusia ianya tidak mendatangkan bahaya atau ketagihan.
  2. Bukan semua kucing akan memberikan kesan terhadap catnip. Kajian menunjukkan diantara 50%-75% kucing akan bertindakbalas dengan catnip.
  3. Tindakbalas terhadap catnip agak berbeza untuk setiap kucing. Mungkin ada yang menjadi lebih agresif dan selebihnya mungking lebih tenang. Kalau anda ada beberapa ekor kucing, cuba eksperimen dengan setiap satu secara berasingan. Manalah tahu nanti boleh terjadi pergaduhan besar pula.
  4. Nepetalactone yang merupakan baan aktif di dalam catnip adalah sejenis penghalau serangga dan dikatakan 10 kali lebih kuat daripada DEET (bahan kimia biasa digunakan dalam penghalau nyamuk).
  5. Kucing Galak yang juga diketahui mempunyai kesan yang sama teradap kucing adalah daripada spesis Acalypha indica dan berbeza dari Catnip (Nepeta cataria).

Anda juga boleh dapatkan bij benih catnip di melur.com pada harga RM8 sahaja.

 

Links:

1. http://www.melur.com/product-category/catnip/

2. http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0031942210003729

3. https://www.youtube.com/watch?v=J5Xrcp6k8VE

 

Image result for catnip plant

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!